Selasa, Mei 26, 2015

Aduh!!! Memang memalukan sungguh bila KANTOI macam ni!!! 
Siapa sangka. Keterujaan tiga orang 'Selebriti PAS' semalam hanya sekadar untuk melonjakkan nama mereka yang semakin pudar dan kurang mendapat sambutan dikalangan ahli je sebenarnya.

Bukan la ianya satu isu yang besar dimana ahli - ahli diperingkat akar umbi perlu ambik berat sangat. Bagi mereka yang sayangkan pemimpin, tak payah la diorang nak melalak tak tentu arah.

Biarpun apa yang dinyatakan oleh ketiga - tiga orang 'Artis PAS' tu mereka anggap ianya sebagai satu 'Penghinaan' terhadap kepimpinan parti, tapi semuanya sekadar 'lakonan' mereka semata - mata.

Dan perkara itu disahkan sendiri oleh Si Pak Mus apabila dia menafikan bahawa sebarang tindakan akan diambil terhadap penghinaan yang dilemparkan oleh ketiga - tiga orang 'Artis PAS' tu sebelum ini.
“Ini adalah isu yang sengaja diada-adakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menjelang Muktamar Tahunan PAS, macam-macam benda seperti ini,” ujarnya kepada Harakahdaily. 
“Kepada PAS, pandangan kebaikan kepada parti bukan kesalahan. Tak ada sebab benda-benda seperti itu diambil tindakan. 
“Saya suka mengingatkan kepada semua pihak supaya jangan membuat kenyataan yang tidak betul dan tidak tepat mengenai PAS,” ujarnya lagi.
Jelas, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Pak Mus tu membuktikan bahawa PAS lansung tidak mengendahkan pandangan dan suara dikalangan ahli - ahli diperingkat akar umbi.

Walaupun apa yang dinyatakan oleh ahli PAS diperingkat bawahan tu adalah bagi menjaga maruah serta imej pemimpin - pemimpin PAS diperingkat tertinggi, tapi itu bukan satu isu besar.

Kot kalau diorang nak hina Ostad lain dalam PAS dengan gelaran seperti 'Lebai Mercun' sekali pun, PAS tetap akan memandang sepi tindakan sedemikian rupa. Tak payah la ahli PAS nak 'terover' sangat.

Tapi, apa nak heran beb. Kalau dah namanya parti yang takde maruah macam PAS ni, apa sahaja pun sanggup diorang gadaikan. Sedangkan maruah Islam pun sanggup mereka jadikan bahan 'Pajakkan', inikan pulak maruah pemimpin - pemimpin mereka sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. lobai morocun takpo.....jangan lobai cari makan......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping