Selasa, Mei 26, 2015

Ini yang kita suka sangat dengan Si Nurul Izzah ni. Dia memang cukup komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan. Istiqomah dia mampu mengatasi orang lain.

Itulah yang membezakan Si Nurul Izzah tu dengan orang lain. Bila dia dapat satu tugasan, dia akan laksanakan sehabis baik. Tak kira la apa halangan yang bakal ditempuhi dimasa akan datang.

Tapi, jangan salah faham pulak. Tugasan yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah ni bukannya dibuat demi untuk menjaga kepentingan rakyat. Sebaliknya, dia hanya sekadar nak jaga Politik Peribadi dia sendiri je.

Dek kerana terdorong dengan hawa nafsu dalam kempen untuk menjatuhkan Si Hadi Awang tu sebagai Presiden PAS, Si Nurul Izzah tu sanggup berhabis idea mengimport orang dari Negara Luar.

Bagi memastikan agenda perlaksanaan Hukum Hudud tidak dapat dilaksanakan di Negeri Kelantan, Si Nurul Izzah tu melalui 'Syarikat PKR' milik keluarga telah memanggil seorang Ostad dari Amerika.

Tujuan dia panggil Ostad tu datang dan memberikan ceramah mengenai perlaksanaan Hukum Hudud tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memalukan PAS secara terang - terangan.

Kata Si Ostad tu, perlaksanaan Hukum Hudud tidak sesuai diguna-pakai dalam iklim global semasa, terutama jika ianya mewujudkan ketidak-adilan Sosial dikalangan masyarakat di Negara ini.
“Masih banyak terdapat ketidakadilan sosial dan isu politik di seluruh dunia. Saya tidak fikir hudud sesuai diguna pakai tanpa penelitian di setiap peringkat terlebih dahulu,” katanya pada sidang media selepas forum Demokrat Islam di Carlton Holiday Hotel, Shah Alam hari ini. 

“Jika anda ragu dengan sistemnya, anda tidak perlu melaksanakannya hingga tiba masa yang sesuai,” katanya yang juga merupakan penasihat imam di Pusat Islam di New York.
Itu yang buat kita rasa hairan. Yang meragui sistem perundangan di Malaysia ni pun bukannya orang lain. Sebaliknya yang pertikaikan sistem tu terdiri dari kalangan puak - puak PKR tu sendiri.

Diorang yang tak percaya dengan sistem perundangan sivil yang dilaksanakan. Jika tidak, kenapa pulak diorang boleh buat tuntutan Qazaf terhadap kes yang melibatkan Si Ketua Penipu tu?

Maka sudah jelas bahawa tindakan yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah dengan mengimport Ostad dari Amerika tu membuktikan bahawa PKR sudah hilang kepercayaan terhadap dasar perjuangan PAS. Jadi, buat apa PAS masih lagi nak bersekongkol dengan puak - puak Liberalis PKR ni!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Apa tak, liwat hukum pancung ooiii !!!

    BalasPadam
  2. Ko nmpk dia meliwat ke?

    BalasPadam
  3. Kalau dah tuduhan liwat,., bawa la ke Mahkamah Syariah... tapi Khir bangkang... sampai guna duit Zakat...

    BalasPadam
  4. BN jauh lebih teruk nak dibiarkan terus perintah Malaysia?

    BalasPadam
  5. Bn terbaik. Malaysia maju kerna bn. Nak harapkan pr dia sendiri bercakaran.kalar pr perintah hancurlah negaraki ini.mereka cuma nak kuasa bukan nak kejapun

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping