Ahad, November 01, 2015

Kalau dulu, pasti akan ada pemimpin PAS yang tampil dan menafikan dakwaan bahawa kenyataan media ini dibuat oleh Presiden PAS. Dah tentu ada orang kata kenyataan ini telah diputar belit.

Sebab pada ketika itu, dah tentu puak - puak dari kalangan Pakatan Haprak tu tak boleh menerima pendirian PAS yang kini dilihat 'Mesra Kerajaan' seperti yang dipamerkan oleh Hadi Awang.

PAS mengambil pendekatan berkecuali daripada menyertai cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu.

Presidennya berkata, saranan untuk menolak usul bajet itu tidak akan disertai ahli parlimen dari PAS dan ianya telah dipersetujui secara sebulat suara oleh semua mereka yang terlibat.
“Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi membangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.
“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai Program Dialog Rakyat Bersama Pas di Hotel Tanjung Vista, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang menyarankan kesemua ahli parlimen pembangkang menolak usul Bajet 2016 sebagai salah satu protes menolak kepimpinan Najib.

Abdul Hadi berkata, PAS kini berpaksi kepada perjuangan bagi mengubah dasar pemerintahan kerajaan, bukan semata-mata ingin berebut jawatan dan mahu memerintah negara.
“Pas sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya Umno ubah dasar pemerintahan. Kita bukan gilakan kuasa atau mahu menguasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita akan ambil pendekatan lain iaitu ‘ambil alih’ pemerintahan.
“Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikut kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa,” katanya.
Persoalannya, mungkin kah kali ini kita akan melihat Si Mahfuz Bean tu memperbodohkan diri dia dan membelakangi keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan parti? Atau, adakah dia akan akur dengan ketetapan yang telah dibuat? Itu korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. sejuk hati aq bila pas menerima kenyataan akan perananan pembangkang kpd sebuah pemerentah yang membawa kebaikan;inginkan kebaikan rakyat sebagai keutamaan.menjarakkan dari pakatan yg mengamalkan politik rakus penuh muslihat dan memperbodohkan orang2 yang bebal he he.
    prk/pru klu itulah tempatmasa tempor yg tak siapa pon perduli politikus giler klu nak giler.ho ho.amanah je perduli.
    tahniah untuk pas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping