Selasa, Januari 23, 2018

Kritikan dan dakwaan yang dibuat oleh Anak Muda Kecoh PKR di Selangor ni secara tidak lansung membuktikan yang diorang mudah melatah dan suka menggelabah tak tentu arah.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila mereka mengkritik kenyataan Presiden PAS yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk merampas kuasa dari Rejim Pakatan di Selangor.

Antara lain, puak AMK Selangor ni membuat dakwaan kononnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang sebagai satu bentuk pengkhianatan dan dilabelkan angkuh.

Malah kenyataan Hadi Awang itu juga turut dibidas oleh pemimpin - pemimpin PKR yang mahu PAS memberikan tumpuan serta perhatian kepada Kelantan dan Terengganu sahaja.
"Malangnya hari ini Presiden PAS menyebut tanpa selindung bahawa mereka ingin mengetuai pemerintahan kerajaan negeri Selangor selepas PRU14.
"Kenyataan ini seolah-olah menidakkan muafakat kerjasama antara PAS dan parti-parti komponen lain yang bergabung membentuk kerajaan di negeri Selangor sekian lama.
"Malah kenyataan ini juga ibarat mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan kepada PAS untuk sama-sama memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan media.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh AMK dan PKR itu membuktikan bahawa mereka lupa siapa yang memberikan kuasa kepada Si Azmin Ali tu untuk menjadi Menteri Besar.

Jika bukan kerana PAS yang membantu Azmin merampas jawatan tersebut dari Wan Azizah, adakah PKR akan dapat merasa untuk mengekalkan Rejim Pakatan Selangor tu seperti hari ini?

Sebagai rekod, sewaktu perlaksanaan agenda Langkah Kajang, PAS memberikan sokongan kepada Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar dan menafikan Wan Azizah bagi mengisi jawatan tersebut.

Kalau diikutkan, PAS boleh hantar nama wakil mereka untuk menjawat jawatan tersebut dan tidak memberikan laluan kepada PKR. Jadi sekarang, siapa yang sebenarnya pengkhianat kalau bukan puak PKR tu sendiri!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Pkr dah macam mati apabila terima cadangan madey jdi pm semula

    BalasPadam
  2. Kenapa bangang sangat geng ph ni, pengguna nabi dan penentang syariat islam pong nak dijadikan pm

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping