Rabu, Januari 10, 2018

Hairankan? Dikala semua puak Pakatan Haprak tu sibuk mendesak Kerajaan dan menabur janji kononnya nak menghapuskan kutipan Tol di Malaysia, lain pulak pendirian Tun Mahathir.

Dalam satu kenyataan hari ini, bekas Perdana Menteri itu mendakwa kutipan Tol di Malaysia pada ketika ini masih lagi murah jika ianya hendak dibandingkan dengan negara luar.

Malah, kata Tun Mahathir, bayaran kutipan tol yang dikenakan ke atas pengguna pada ketika ini adalah untuk tujuan kerja - kerja penyelenggaraan dan ianya tidak membebankan rakyat.
"Jambatan Pulau Pinang kadar tol RM7 sejak ia dibina pada tahun 1980-an, tak naik sekali pun.
"Dan yang baru ini juga RM7. Saya berpendapat walau ada yang mengeluh, agak terlalu tinggi 'tol rate' ini, tetapi sebenarnya ini pergi balik kita bayar RM7, sedangkan jambatan lebih kurang sama di Jepun 'tol rate' lebih RM500.
"Fikir-fikirlah sama ada kita (kerajaan) terlalu tamak mengenakan 'tol rate' terlalu tinggi? Buatlah perbandingan dengan mana-mana negara sekalipun," katanya.
IRONIKnya, selama hari ini puak Pakatan Haprak tu sibuk pulak membuat tuduhan terhadap Kerajaan yang didakwa bertindak zalim kerana tidak menghapuskan bayaran kutipan tol.

Bahkan, dalam manifesto Pakatan Haprak itu juga, mereka turut berjanji akan menghapuskan bayaran kutipan tol yang dianggap menjadi punca kenaikkan kos sara hidup.

Maka, sudah pasti kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir ini bertentangan dengan prinsip perjuangan serta janji yang telah ditaburkan oleh puak Pakatan Haprak tu selama ini.

Sedangkan selama hari ini puak Pakatan Haprak tu secara terbuka membuat dakwaan kononnya konsesi lebuhraya yang dikenakan bayaran tol di Malaysia merupakan milik kroni - kroni Tun Mahathir.

Dan bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir berhubung isu tersebut seolah - olah cuba nak melindungi kepentingan peribadi kroni - kroninya yang terlibat.

Maka persoalannya, adakah puak Pakatan Haprak tu menerima pendirian yang diberikan oleh calon Perdana Menteri mereka ini? ATAU, adakah mereka berani untuk menentangnya secara terbuka?
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping