Disebalik konflik berkaitan dengan isu pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan, PKR nampak gaya terpaksa berhadapan dengan satu lagi kemelut yang semakin kronik.
Jika sebelum ini, PKR mengalami tentangan dari dalam parti berhubung isu calon Perdana Menteri itu. Kali ini, PKR terpaksa pula berhadapan dengan tentangan dari rakan sepakatan mereka.
Isunya ialah mengenai pengagihan kerusi yang didakwa tidak dilakukan secara adil. Nak pulak pengagihan kerusi DUN di Selangor yang dikatakan sedang menemui jalan buntu pada ketika ini.
Isu itu dibangkitkan oleh puak - puak PAN yang menyatakan bantahan secara terbuka terhadap keputusan PKR yang sebelum ini kerap kali tampil menafikan hak mereka secara terbuka.
Ekoran dari tindakan PKR yang tidak mempedulikan luahan rasa ketidak-puasan hati mereka menyebabkan kepimpinan PAN menganggap PKR tidak mempunyai hak untuk menentukan segalanya.
"Selangor ini kita kena faham. Dia ada empat parti dalam PH ini. Bukan Selangor ini milik PKR, bukan dia yang tentu semua. Dia (PKR) kena sepakat. Jadi kita tidak boleh anggap bahawa PKR punya dia tentukan semua," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Dari satu sudut, PAN cuba menafikan kedudukan PKR sebagai parti yang dominan dalam Pakatan Haprak di Selangor walaupun parti itu yang menerajui kepimpinan Rejim Pakatan.
Malah PAN juga turut mendakwa, mereka telah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor agar isu pembahagian kerusi DUN itu diselesaikan secepat mungkin. Namun ianya juga tidak diendahkan.
Walaubagaimana pun, bagi sesetengah pihak, tindakan PKR Selangor pimpinan Si Azmin Ali yang sengaja melengah - lengahkan isu pembahagian kerusi itu hanya sekadar helah untuk dia terus berunding dengan PAS bagi mengekalkan kedudukannya pada ketika ini!!!
Demi kuasa pembangkang terdesak
BalasPadamnama parti pun dah sue PAN*** sesuai btl dgn mat sabu..
BalasPadam