Nampak gayanya, isu berkaitan dengan pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan terus lantang berkumandang dikalangan ahli - ahli PKR yang tidak bersetuju dengannya.
Malah, ada yang beranggapan bahawa tindakan pucuk pimpinan parti yang enggan mendengar bantahan terbuka mereka sejak kebelakangan ini sama seperti Anjing Menyalak Bukit.
Barangkali, tindakan itu yang membuatkan kebanyakkan ahli PKR semakin bosan dengan agenda Politik berkepentingan Peribadi yang menjadi keutamaan pucuk pimpinan mereka sendiri.
Dan kemungkinan itu juga yang menyebabkan 200 orang ahli PKR di Pulau Pinang mengambil tindakan keluar dari parti tersebut bagi meluahkan rasa kurang senang terhadap pucuk pimpinan.
Tindakan itu diketuai bekas penolong ketua Cabang PKR Jelutong, Lim Boon Miin yang menyerahkan borang keanggotaan mereka kepada parti baru, Parti Bersatu Malaysia (MU).
Mengulas lanjut, Lim mendakwa perjuangan ‘Reformasi’ yang dilaungkan selama hari ini telah menyimpang dari landasan awalnya, selepas PKR mula bekerjasama dengan Tun Mahathir.
Bahkan dia juga mendakwa, keadaan itu dilihat semakin bertambah buruk apabila PKR kini hanya menjadi sebuah parti yang sudah kehilangan suara kerana dikawal dibawah telunjuk DAPigs.
“Apa gunanya kami berada dalam PKR apabila suara kami tidak didengari ? Kami kecewa dan perkara terbaik untuk kami lakukan adalah meninggalkan parti dan melawan dari luar.
“Kami yakin lebih rami orang akan mengikut keputusan kami untuk meninggalkan parti tidak lama lagi,” katanya.
Sementara itu, Presiden MU berkata, semakin ramai ahli keluar parti dan menolak Pakatan membuktikan mereka semakin sedar bahawa PH kini telah mati dan hanya tinggal pada nama.
“Kesedaran mereka berpunca daripada fakta bahawa DAP telah menjadi autokratik dan diktator dalam keputusannya, dan sentiasa membuli serta menindas rakan Pakatan Harapan mereka,” katanya.
Pokok pangkalnya, isu berkaitan dengan pencalonan Tun Mahathir ini semakin bertambah buruk dan memberikan gambaran jelas kepada rakyat bahawa gabungan Pakatan Haprak tu tidak mampu untuk bekerjasama seperti mana yang diharapkan!!!
Baru sedar ke?
BalasPadamLingkup PH
BalasPadam