Selasa, Januari 09, 2018

KECEWA! Itu kata kunci yang diluahkan oleh kebanyakkan pemimpin serta ahli - ahli Pakatan Haprak tu apabila nama Tun Mahathir diumumkan sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Nak pulak dikalangan mereka yang menyokong puak - puak PKR. Kekecewaan itu pula tidak hanya didiamkan begitu sahaja. Sebaliknya, mereka meluahkan rasa kecewa itu secara terbuka.

Jika sebelum ini, Ketua Wanita PKR tampil meluahkan rasa kecewanya dalam satu kenyataan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan gabungan Pakatan Haprak itu.
Begitu juga luahan dari kalangan kepimpinan PKR Selangor yang mendakwa berasa sangat terkilan dan kecewa dengan keputusan yang dibuat namun terpaksa bersetuju untuk tidak bersetuju.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor, dengan menegaskan bahawa mereka tidak akan melupakan perjuangan Reformasi yang pernah dilaungkan sebelum ini.
“Dengan saki baki ruang demokrasi dan kebebasan bersuara yang ada, PKR Selangor dengan ini melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan pengumuman calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.
“Kini negara sedang berdepan dengan zaman baharu. Golongan millenial pastinya mahu melihat seorang tokoh segar, kaya dengan buah fikiran yang berpandangan jauh dan berkesan untuk membawa negara ini keluar dari kepompong kerosakan yang telah tercipta sekian lama oleh barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional sejak dahulu lagi.
“Rakyat tidak mudah lupa, penggerak asli Reformasi juga tidak akan lupa. Reformasi total mesti ditegakkan dari semua aspek. Baik sistem, dasar, pentadbiran dan juga pentadbirnya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Pokok pangkalnya, ketetapan untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak diterima secara menyeluruh dikalangan puak Pakatan Haprak tu. Sebaliknya, mereka merasa kecewa kerana perjuangan yang mereka harungi selama ini hanya sia - sia belaka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping