Selasa, Januari 09, 2018

"Tiga tahun merupakan satu tempoh yang agak panjang. Banyak perkara yang boleh berlaku dalam tempoh masa tersebut.Demikian luahan seorang sahabat.

Luahan itu dibuat apabila soalan berkaitan dengan isu pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan dibangkitkan dan menjadi bahan bualan hangat dikalangan rakyat.

Malah katanya, dia sangat skeptikal dengan tindak - tanduk bekas Perdana Menteri itu untuk memberikan ruang sebegitu mudah buat Si Ketua Penipu itu menjawat jawatan tersebut.

Jelasnya, dari sudut logik, belum tentu Tun Mahathir akan memberikan peluang tersebut sedangkan selama ini bekas Perdana Menteri itu masih lagi mencurigai keupayaan Si Ketua Penipu itu.
"Sebelum ini, Mahathir mengambil tindakan memecat Anwar sebagai Timbalan dengan alasan tidak mahu Negara diterajui oleh seorang yang tidak bermoral.
"Bahkan sehingga ke hari ini, pandangan dan pendirian bekas Perdana Menteri itu terhadap Timbalannya sebelum ini masih tidak berubah. Dia masih menganggap Anwar sebagai seorang Pesalahlaku Moral.
"Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Tun Mahathir hanya menganggap Anwar sebagai Tahanan Politik. Namun dia tidak menegaskan bahawa bekas Timbalannya itu tidak terlibat dengan jenayah yang dilakukan," jelas sahabat tersebut.
Menurut penjelasan yang diberikan, Tun Mahathir merupakan seorang pemain Politik yang bijak. Maka sudah pasti dia mempunyai strategi tersendiri untuk menidakkan Si Ketua Penipu tu.

Sebagai rekod, Si Ketua Penipu itu telah dilucutkan dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Mahathir dan mendakwa dia terlibat dengan aktiviti salahlaku seksual songsang.

Malah Tun Mahathir dalam buku tulisannya menjelaskan perkara tersebut secara panjang lebar bagi menjustifikasikan tindakannya yang mendapat tentangan hebat dari penyokong PKR.

Sehingga ke hari ini, masih ramai dikalangan pemimpin PKR yang menyimpan perasaan curiga terhadap Tun Mahathir dan mereka jelas tidak dapat melupakan tindakan yang telah dilakukan.

Secara dasarnya, ahli PKR secara keseluruhannya masih menganggap Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Diktator yang licik dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping