Nampak gayanya, PKR Selangor sendiri pun dah muak dengan provokasi bertaraf Longkang yang dimainkan oleh Si Khalid Samad berhubung isu pencalonan bakal Perdana Menteri Pakatan tu.
Jika sebelum ini, Si Khalid Samad tu sibuk membuat tuduhan kononnya PKR Selangor yang telah melakukan kesilapan kerana tidak mencalonkan nama Si Azmin Ali tu sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan Si Khalid Samad itu dibuat setelah PKR Selangor menyatakan bantahan mereka terhadap pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan diumumkan sebelum ini.
Namun bagi PKR Selangor, provokasi yang dilakukan itu tidak membawa sebarang makna kerana isu itu dianggap sudah berlalu dan Khalid perlu 'Move On' dari menyalahkan orang lain.
Walaupun pada dasarnya, PKR menganggap isu itu sudah selesai, namun bagi sesetengah pihak dikalangan puak pengikut parti itu masih rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang dibuat.
Maka sebab itu mereka melancarkan kempen #UndiRosak melalui laman media sosial sebagai manifestasi rasa kecewa mereka terhadap pucuk pimpinan Pakatan Haprak tu sendiri.
Bagi mereka, hasrat untuk mencalonkan pemimpin dari kalangan PKR untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sudah lama diluahkan secara terbuka kepada pucuk pimpinan.
Namun malangnya, kepimpinan Pakatan Haprak itu sendiri yang tidak mengambil peduli terhadap luahan yang dinyatakan oleh penyokong - penyokong parti diperingkat akar umbi.
Sebaliknya, kepimpinan tertinggi Pakatan Haprak tu hanya mengambil keputusan syok sendiri tanpa merujuk kepada kehendak ahli diperingkat bawahan. Bila berlaku percanggahan, mula la diorang sibuk nak salahkan orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.