Ahad, Januari 14, 2018

Menyambung kegelisahan Sdra Razak Ismail, bekas Setiausaha R98, saudara sebenarnya tidak keseorangan, malah beberapa rungutan dapat di kesan ekoran keputusan Majlis Presiden pada Konvensyen 7/1/2018 memutuskan bakal PM ialah Tun Mahathir.


Seawal 10/01/2018, Saudara Hj. Jamal Nasir telah menyuarakan rasa kurang senang beliau di atas keputusan yang di buat oleh Majlis Presiden, dan menawarkan solusi Win win situation - Gandingan DS Azmin - DS Mukhriz dan Timbalan II dari DAP.

Saya berpendapat keputusan yang di buat oleh Majlis Presiden adalah seperti memandang remeh dan rendah pengorbanan Dato Sri Anwar yang teraniaya sejak 1998, kesan fitnah dalaman Umno. Sewajarnya Majlis Presiden meletakkan D.S Wan Azizah atau DS Azmin sebagai calon PM. 

Kebimbangan Saudara Razak Ismail - Bimbang Tun Mahathir berpaling tadah adalah berasas. Sejarah tidak boleh di tipu. Tun Dr Mahathir pernah berada berada di dalam UMNO dan bersama pembangkang sewaktu era Tunku Abdul Rahman, dan menikam Tun Hussein Onn untuk mengambil tempat sebagai PM.

Adalah tidak mustahil Tun Mahathir akan pulang ke lubuk sekiranya PH berjaya memenangi Pru 14, atau sekiranya DS Najib kalah pada pru yang akan datang.

Saya sependapat dengan Saudara Rosli Ibrahim (Adinda DSAI), bahawa PKR yang telah sekian lama memperjuangkan agenda reformasi mesti bertindak sebagai tulang belakang wakil PKR sendiri.

Untuk kesekian kalinya, kami merayu Datin Seri segera menyampaikan suara dari bawah, bahawa kami hanya menerima calon dari PKR sahaja sebagai calon P.M.


Khamis malam Jumaat adalah malam perhimpunan sebahagian Otai Reformasi di rumah Yab Datin Seri di Segambut, silalah Yab Datin Seri selami pendapat kami.


*Hj Najib Hamid*
Marshall Reformasi 98
Bandar Baru Bangi.
11/01/2018
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Bodoh!!!!
    Ntah brapa bnyk dedak yg ditabur mahdey sampai semuanya jadi bodoh!!!
    Lupa dgn maruah dan prinsip asas.Buat penat jer....

    BalasPadam
  2. Padan la muka.. percaya kat anwar dan geng lagi..
    Geng reformasi yg kena hentak dgn fru tu patut saman ja anwat ibrahim.. kerana menipu dan memperdaya tuan2 dan puan2 utk membuat demo jalanan..
    Minta bayaran ganti rugi kan

    BalasPadam
  3. Majlis presiden dah tak fikir lgi pasal anwar. Dok fikir nak kuasa di putrajaya je..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping