Selasa, Januari 30, 2018

PKR kini memang sudah terjerat dengan permainan Politik licik yang dimainkan oleh bekas Perdana Menteri itu sehingga terpesong terlalu jauh dari perjuangan asalm mereka sebelum ini.

Kalau PKR nak berpatah balik sekarang, semuanya sudah terlambat. Maka terpaksalah mereka mengikut telunjuk Tun Mahathir dan meminggirkan suara ahli mereka diperingkat akar umbi.

Jika sebelum ini, pengikut - pengikut PKR jelas menyatakan bantahan terhadap keputusan pucuk pimpinan Pakatan yang mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri mereka.

Malah bantahan itu juga turut disuarakan oleh pemimpin - pemimpin parti itu. Tapi malangnya, suara bantahan yang dibuat lansung tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan PKR.

Sebaliknya, mereka lebih rela memberi keutamaan dalam menjaga kepentingan Politik Peribadi dari nak mengikut kehendak yang disuarakan oleh ahli - ahli serta pengikut mereka sendiri.

Kini giliran Veteran PKR pulak bersuara dan membuat dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri itu sengaja menyembunyikan agenda Politik Peribadinya dari pengetahuan orang lain.

Ahli Biro Politik PKR, Dr Syed Husin Ali yang juga merupakan bekas Timbalan Presiden parti itu mendakwa Tun Mahathir memandu Pakatan bukan untuk memperjuangkan rakyat.
“Kenapa perlu terburu-buru memutuskannya? Sekarang ini kelihatan seolah-olah soal menamakan nama calon PM paling penting sekali.
“Lebih buruk lagi sudah timbul pula anggapan semacam isu ini didorongkan oleh agenda peribadi,” kata veteran PKR itu.
Apa yang jelas, kemelut pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan itu tidak membawa sebarang kesan Positif buat Pakatan. Sebaliknya, mereka teruk dihentam oleh pengikut - pengikut mereka sendiri yang menyatakan bantahan secara terbuka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping