Selasa, Januari 30, 2018

Hahaha!!! Kesian dengan nasib parti Ternakan DAPigs tu apabila kepimpinan PKR Pusat enggan masuk campur dalam urusan yang berkaitan dengan pengagihan kerusi DUN di Selangor.

Kalau sebelum ini, puak - puak PAN tu merenggek macam budak kecik mendakwa kononnya mereka telah dipinggir dan dianiayai oleh PKR Selangor berhubung isu yang sama.

Ekoran tindakan PKR Selangor yang dilihat seolah - olah tidak mempedulikan luahan rasa kecewa mereka, PAN Selangor mendesak agar Pakatan Pusat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tapi malangnya, desakan PAN Selangor itu lansung tidak dipedulikan oleh Pakatan Pusat yang tetap enggan masuk campur dalam urusan pengagihan kerusi DUN diperingkat Negeri itu.

Antara lain, kepimpinan Pakatan Haprak itu memberikan alasan kononnya rundingan berhubung isu pengagihan kerusi DUN di Selangor itu masih lagi berlansung pada ketika ini.

“Buat masa ini ia (rundingan) masih berlangsung, belum lagi memerlukan penglibatan oleh pimpinan pusat. Dan pada peringkat rundingan negeri, kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan negeri untuk mencari penyelesaian terbaik," katanya dipetik portal berkenaan.
Secara tidak lansung, alasan yang diberikan itu membuktikan bahawa Pakatan tidak mempedulikan luahan hati serta suara pengikut - pengikut yang berada diperingkat bawahan.

Perkara yang sama juga berlaku sebelum ini dimana pucuk pimpinan Pakatan tidak mengendahkan bantahan dari peringkat akar umbi terhadap pencalonan Tun Mahathir sebagai PM.

Malah, tambah memalukan ialah apabila pucuk pimpinan Pakatan Haprak tu lebih suka menyalahkan pengikut bawahan kerana tidak tampil memberikan nama lain selain dari Tun Mahathir. Padahal, diorang yang tak ambik peduli apa yang diluahkan oleh orang bawahan!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pan tak payah nak tunjuk hebat. Pkr lebih berhak dpt kerusi lebih di selangor. Pan belum ada kerusi pun. Yang ada tu yg dibawa lari dr pas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping