Diri sendiri yang GAGAL menjadi pemimpin dan menjaga ahli - ahli diperingkat akar umbi, pun masih lagi dia nak salahkan orang lain? Pun dia masih tak nak mengaku salah dirinya sendiri?
Jika sebelum ini, pengikut - pengikut Pakatan Haprak tu melancarkan kempen #UndiRosak kerana tidak setuju dengan pencalonan dia sebagai Perdana Menteri, pun dia salahkan orang lain juga.
Kali ini, Tun Mahathir yang sedang berada dalam keadaan yang sangat terdesak sekali lagi terpaksa tampil menyalahkan orang lain diatas ke-GAGAL-an dirinya sebagai seorang pemimpin.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu mendakwa kononnya ada pihak luar yang menjadi dalang disebalik tindakan 400 orang ahli PPBM membuat laporan kepada pihak RoS sebelum ini.
"Kita hairan kenapa terdapat sehingga 400 ahli-ahli PPBM ini buat laporan yang sama dengan perkataan yang sama kepada RoS?
"Nampak macam ada satu usaha daripada pihak mana saya tidak tahu untuk memberi alasan kepada RoS supaya tidak meluluskan permohonan untuk PH didaftarkan," katanya dalam satu sidang media di Yayasan Perdana, di sini, pagi tadi.
Dari satu sudut, dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu tidak berasas kerana ianya hanya bersandarkan kepada tuduhan kosong tanpa sebarang bukti yang benar - benar kukuh.
Walau apa pun dakwaan dan alasan yang diberikan, tindakan 400 orang ahli PPBM itu membuktikan bahawa memang wujud rasa tidak puas hati dikalangan ahli - ahli parti itu sendiri.
Ianya secara tidak lansung menunjukkan bahawa tidak semua orang dalam PPBM itu akur dan tunduk kepada kepimpinan Tun Mahathir seperti mana yang didakwa selama hari ini.
Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin yang baik, Tun Mahathir perlu mengambil berat tentang isu yang menyebabkan mereka tidak puas hati terhadap parti. Dia perlu turun ke bawah dan bertemu dengan ahli diperingkat akar umbi. Bukan buat tuduhan tak tentu arah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.