Nampak gayanya, isu kesepakatan dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga ke tahap yang cukup kronik dan menyebabkan gabungan itu semakin rapuh.
Jika sebelum ini, isu berkaitan dengan pencalonan Perdana Menteri menjadi bahan polemik Politik yang masih menjadi bahan pertikaian walaupun keputusan pucuk pimpinan sudah dibuat.
Sehingga ke hari ini, kemelut berkaitan dengan pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan mengundang rasa kurang senang sehingga mereka melancarkan kempen #UndiRosak.
Namun hakikatnya, konflik berkepentingan Peribadi yang melanda Pakatan Haprak itu bukan sahaja membuktikan bahawa mereka tidak sepakat. Malah keputusan penting pun gagal dicapai.
Misal contohnya, isu pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih juga menemui jalan buntuk biarpun arahan supaya ianya diselesaikan segera sudah pun dikeluarkan.
Tetapi malangnya, ada juga pihak yang enggan akur dengan arahan yang telah dikeluarkan dengan memberikan alasan kononnya isu berkaitan dengan pembahagian kerusi itu masih dibincang.
Azmin Ali dalam satu kenyataan mendakwa pihaknya tidak akan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membincangkan isu pembahagian kerusi di Selangor seperti yang diarahkan oleh Tun Mahathir.
Sebaliknya, Si Azmin Ali tu pula mendakwa PAN Selangor sebagai pihak yang tidak beramanah kerana sengaja memburukkan keadaan serta menyebar tuduhan buruk terhadap PKR.
"Amanah tidak berkata benar. Amanah tidak amanah. Kami sudah berjumpa empat kali kecuali nama jawatakuasa itu sebelum ini 'Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor’ sekarang mereka mahu ubah kepada ‘Jawatankuasa Pengagihan Kerusi’, ahli jawatankuasa masih sama,” katanya kepada pemberita.
Dalam erti kata mudahnya, gabungan Pakatan Haprak tu masih lagi dilihat mempunyai agenda mereka yang tersembunyi bagi menjaga kepentingan Politik Peribadi masing - masing.
Bayangkan! Kalau isu seperti ini pun mereka masih GAGAL nak selesaikan, bagaimana mungkin mereka dapat mentadbir Negara dimasa akan datang? Seandainya mereka diberi kuasa kelak, maka jahanam la negara ni dibuatnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.