Sekarang ni Si Azmin Ali tu mudah sangat 'Tersentuh' bila sebut pasal 'Pasir'. Memang agak tak lekang perkataan 'Pasir' tu menjadi sebutan dihujung bibir dia. Mungkin memang ada kaitan kot.
Maklum la. Sebelum ni, anak sedara dia kantoi kes SPRM pun melibatkan kartel Pasir di negeri Selangor. Jadi, tak heran la kalau tiba - tiba je Si Azmin Ali tu sebut pasal 'Stadium Padang Pasir'.
Mungkin dalam perancangan jangka masa panjang, Si Azmin Ali tu bercadang nak buat stadium bola sepak pertama di Malaysia yang menggunakan padang pasir seperti yang ada di Iraq.
Siapa tau. Kan Si Azmin Ali ni banyak idea. Malah dia sendiri pernah mendabik dada mendakwa kononnya dia hebat mentadbir negeri Selangor sampai isu stadium pun tak boleh diselesaikan.
Jadi, tak mustahil sekiranya kehebatan Si Azmin Ali tu akan membuatkan dia mengambil keputusan untuk membina sebuah stadium bola sepak pertama di dunia yang menggunakan pasir.
Tapi, jangan pulak dia anggap artikel ni sebagai satu sindiran. Sebaliknya, anggap la artikel ni sebagai satu motivasi buat Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Azmin Ali tu pada ketika ini.
Sebab kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukan sahaja nampak kebudak - budakkan. Tetapi ianya juga membuktikan bahawa Si Azmin Ali tu dah ketandusan idea nak dijadikan modal Politik.
Sindiran dia terhadap tuntutan Persatuan Bolasepak Selangor yang memohon penggunaan Stadium Shah Alam dianggap sebagai satu bentuk penghinaan terhadap sukan bolasepak di Malaysia.
Bahkan kenyataan yang dibuat juga membuktikan bahawa dia bukan sahaja tidak layak menjadi seorang pemimpin. Tetapi dia juga GAGAL untuk menyelesaikan isu sedemikian secara profesional.
Tinggal lagi, perkara seperti itu bukan satu perkara baru. Sebaliknya sebelum ini pun, pelbagai pihak menganggap Si Azmin Ali tu sebagai seorang pemimpin yang GAGAL. Malah parti gabungan Pakatan Haprak tu pun anggap dia Tak Layak jadi pemimpin!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.