Jumaat, Februari 16, 2018

Berselindung disebalik ‘tugasnya’ sebagai wakil rakyat memerangi rasuah, Rafizi memuatnaik bebenang kenyataannya di twitter bagi menjustifikasikan tindakannya memfitnah suami kepada Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil itu.

Perlu juga disedari bahawa fitnah Ahli Parlimen Pandan berhubung isu NFC Corp ini merupakan salah satu daripada beberapa siri fitnahnya terhadap ramai lagi pihak lain dari luar dan dalam partinya, PKR, sendiri.

Latheefa Koya pernah menegaskan bahawa agenda menggulingkan Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor pada 2014 menerusi ‘Langkah Kajang’ direncanakan oleh Rafizi yang pada waktu itu merupakan Pengarah Strategik PKR.
“Dia dan orang kuatnya yang merancang kesemua itu secara rahsia, tidak satu pun diluluskan di mesyuarat parti. Malah Biro Politik juga tidak tahu langsung,” kata Latheefa.
Langkah Kajang merupakan agenda rahsia kompleks bagi menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor namun digantikan dengan Wan Azizah ekoran Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Antara bahan fitnah yang disebarkan Rafizi berkaitan dengan salah guna kuasa Khalid Ibrahim dalam beberapa projek infrastruktur di Selangor yang turut melibatkan projek Langat 2 serta pembinaan lebuh raya.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, Rafizi mengaturkan Langkah Kajang 2.0, dua tahun kemudian dalam usahanya untuk memburukkan nama Datuk Seri Azmin Ali yang merupakan Menteri Besar Selangor baharu.

Dakwa Rafizi, berlaku amalan rasuah dan bayaran dalam bentuk seks wanita dibawah pemerintahan Azmin selaku Menteri Besar yang turut terpalit ke atas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Fitnah lain Rafizi yang digariskan oleh Abdul Rahmat adalah, Lembaga Tabung Haji telah kehabisan wang kerana dirompak sehingga mengakibatkan 3,954 pendeposit menutup akaun tabung haji manakala 3,105 telah membatalkan pendaftaran untuk menunaikan ibadah haji.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping