Di sebalik tindakan pucuk pimpinan PKR yang cuba menjalin hubungan bekerjasama dengan Tun Mahathir, ianya masih lagi mendapat tentangan hebat diperingkat akar umbi parti itu secara terbuka.
Bagi pengikut - pengikut tegar parti itu masih tetap menganggap kezaliman yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim sebelum ini tidak sepatutnya dimaafkan dan dilupakan begitu sahaja.
Menurut mereka, pimpinan tertinggi parti tak sepatutnya membenarkan bekas Perdana Menteri yang dilabelkan sebagai Mahazalim itu bertanding menggunakan logo parti untuk bertanding dalam PRU kali ini.
Malah tindakan pucuk pimpinan parti yang merestui pencalonan Tun Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan Haprak itu juga turut dianggap sebagai satu tindakan yang tidak berprinsip.
Dakwa mereka, keputusan yang ditentukan oleh pucuk pimpinan PKR itu sedikit sebanyak telah mengundang rasa kecewa dikalangan 60% daripada 200,000 orang ahli parti sehingga ke hari ini.
Tapi malangnya, perkara itu sedikit pun tidak menarik perhatian pucuk pimpinan PKR yang jelas tidak mengendahkan suara yang cuba disampaikan oleh akar umbi parti itu sebelum ini.
Sebaliknya, Wan Azizah mahupun Nurul Izzah yang dulu beriya menangis mengenangkan penderitaan Anwar sekarang semua sudah berubah. Mereka pulak yang paling bangga dan teruja menyanjung Tun Mahathir mengalahkan demi mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
kan dah semakin terdedah kelemahan dan keburukan PPBM bersama sekutunya DApigs... Dulu Diorang nak gunakan PAS tapi tak berjaya bila kegelojohan mereka terdedah, maka kini nak gunakan PKR pulak., tapi memang mahathir lupa siapa punya angkara sampai tertubuhnya Parti PKR, tahun 1998 sejurus selepas Sukan Komanwel yang di adakan di Kuala Lumpur berakhir rumah DS Anwar Ibrahim di serbu oleh pihak 'berkuasa' atas arahan Mahathir (PM ketika itu) untuk menangkap DS Anwar Ibrahim... dan bermula dari episod itu beberapa Gerakan Reformasi telah diadakan untuk membela nasib DS Anwar Inrahim, tapi terus ditekan oleh Mahathir sehinggalah tertubuhnya Parti Politik bernama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai wadah untuk menentang kezaliman Mahathir. Kita jangan terasa hairan kalau Mahathir lupa segala yang telah berlaku. Memang itu dasar dia, tapi Allah tak pernah lupa. Ketika itu Saudara Mat Sabu (ketika itu masih dalam PAS) menjadi salah seorang pembela DS Anwar Ibrahim dan menjadi salah seorang 'penghentam' Mahathir tapi kini Mat Dabu telah 'bertaubat' kerana menyokong kebenaran dan kini menjadi penyokong kebatilan. PAsti pelopor penubuhan PKR tak kan dapat melupakan dan memaafkan Mahathir dengan begitu mudah , termasuk lah Hishamuddin Rais (Blogger Tukar Tiub ) juga adalah antara penyerang dan pengutuk tegar mahathir. tapi sekarang apa dah jadi ? Kalau sekiranya mereka berkata masa dulu mereka tersilap kerana menentang mahathir, apakah kali ini mereka tetap berada kebenaran kerana mendokong mahathir ?
BalasPadam