Tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan oleh puak Pakatan Haprak terhadap agensi - agensi Kerajaan seperti RoS dan SPR sejak kebelakangan ini menghina kakitangan agensi tersebut.
Belum apa - apa lagi, mereka sudah mempertikaikan ketelusan agensi terbabit dengan pelbagai dakwaan seolah - olah kakitangan agensi itu semuanya tidak mempunyai pemikiran yang waras.
Tak bertanding lagi, puak Pakatan Haprak tu dah memberikan gambaran kononnya SPR tidak melaksanakan tugas secara telus. Sebaliknya mereka menuduh kakitangan SPR tu Penipu.
Jika dilihat dari satu sudut, tindakan tersebut hanya sekadar Pre-Empt yang sengaja direka oleh puak Pakatan Haprak tu untuk menjustifikasi dan memperngaruhi keputusan PRU yang akan datang.
Awal - awal lagi puak Pakatan Haprak tu menuduh kononnya kakitangan SPR ni tidak jujur dan menyeleweng supaya senang diorang nak bagi alasan sekiranya mereka gagal menawan Putrajaya kelak.
Tapi persoalannya, kalau mereka menang, tak nak pulak diorang buat dakwaan kononnya kemenangan itu disebabkan kerana penyelewengan dan ketidak-jujuran SPR menjalankan tugas?
Itu menunjukkan yang puak Pakatan Haprak ni memang suka membuat tuduhan dan mencipta spekulasi tak tentu arah bagi mengelirukan rakyat. Kalau awal - awal lagi diorang tau yang SPR ni menipu, baik tak payah bertanding lansung. Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.