Baru - baru ini terdengar khabar angin yang mengatakan bahawa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah cuba 'menjual' kerusi PRU kepada beberapa individu tertentu dikalangan ahli parti itu sendiri.
Dengar katanya, Si Nurul Izzah tu didakwa cuba meminta wang daripada beberapa orang - calon yang berpotensi, sebelum menjanjikan kerusi kepada individu - individu berkenaan. Betul ke?
Perkara ini sudah tersebar di beberapa blog sehingga ianya mendorong Pengerusi NGO Anti-Jenayah, Sri Sanjeevan membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan terhadap Nurul Izzah.
Menurut Sanjeevan, dia turut mendapat maklumat mengenai perkara tersebut daripada pihak dalaman yang tidak didedahkan kepada umum. Laporan kepada SPRM juga akan dibuat dalam masa terdekat.
Sekiranya betul khabar angin yang diterima ini, nampak gayanya Nurul Izzah yang juga merupakan ikon PKR itu hanya sekadar bertopengkan di sebalik slogan demokrasi saja lah.
Namun, jika khabar angin yang diperkatakan itu tidak benar, maka sudah tentu Si Nurul Izzah tu perlu mengambil tindakan keatas mereka yang menyebarkannya, terutama sekali terhadap Sanjevan.
Apa yang pasti, perbuatan rasuah amat bertentangan dengan konsep demokrasi. Tak tahulah sekiranya Si Nurul Izzah akan tampil nafikan atau tidak, kerana nama - nama dan wajah pemimpin yang dikaitkan itu sudah terpampang. Atau mungkin Izzah akan salahkan Umno juga macam biasa. Taktik lapuk!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.