Tak payah la PAS nak tunjuk yang diorang ni 'Maksum' sangat dengan mempertikaikan pendirian orang lain mengenai isu agama sedangkan diorang pun pernah jadi Pak Turut kepada Pakatan.
Hari ini, PAS sibuk menjaja cerita kononnya MCA selaku rakan komponen Barisan Nasional menentang perlaksanaan RUU 355 sebagai bahan modal untuk mereka berkempen dalam PRU ke 14.
Tapi PAS lupa dosa - dosa yang mereka sendiri pernah lakukan sebelum ini. PAS lupa mereka pernah menghalalkan Pakatan Haprak mengguna isu kalimah Allah sebagai bahan Politik.
PAS pada ketika itu hanya diam membisu dan tidak bersuara pun menentang parti gabungan Pakatan Haprak yang lain menuntut agar kalimah Allah itu diguna-pakai oleh penganut agama Bukan Islam.
Adakah kepimpinan PAS juga lupa yang diorang pernah mengambil tindakan menggugurkan jawatan Hasan Ali selaku Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya memecat keahliannya sebelum ini?
PAS gugurkan jawatan Hasan Ali kerana menentang bantahan DAPigs yang mahu kekal menjual arak dikawasan majoriti Melayu Islam di Selangor. Takde seorang pun pemimpin PAS yang mempertahankan Hasan Ali ketika itu.
Tapi, PAS bagi alasan kononnya Hasan Ali dipecat kerana enggan akur dengan arahan kepimpinan parti kerana hadir ke perhimpunan yang memperjuangkan akidah umat Islam di Shah Alam.
Pokok pangkalnya, kempen PAS nak menunjukkan seolah - olah diorang ni Maksum hanya kerana nak menegakkan Hukum Islam hanya sekadar Retorik semata - mata. Sebaliknya, PAS hanya sebuah parti Politik yang nak memperjuangkan kepentingan peribadi mereka sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.