Rabu, April 18, 2018

Adnan Yaakob dihormati Lawan dan Kawan membuatkan puak Pakatan Panas Punggung!!!

Tidak dinafikan bahawa pengaruh kuat kepimpinan YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob di Negeri Pahang ini memang cukup kuat sehingga mampu menggugat keyakinan puak Pakatan.


Kekuatan itu bukan hanya sekadar datang dari sudut kepimpinan, malah keperibadian Adnan Yaakob itu sendiri membuatkan Pakatan Haprak terpaksa mencari jalan untuk menjatuhkannya.


Perkara itu turut diakui oleh PKR apabila mereka menyifatkan bahawa Barisan Nasional di Pahang hanya dapat dikalahkan jika Adnan Yaakob tidak lagi menjadi calon Menteri Besar Pahang.
“Jadi saya juga agak positif dari segi perkembangan di Pahang terutamanya sekiranya ura-ura yang saya dengar bertukarnya calon Menteri Besar di Pahang, saya kira itu merupakan antara faktor yang akan menjatuhkan BN di Pahang," kata Fuziah Salleh.
Secara tidak lansung, kenyataan itu membuktikan bahawa, sekiranya Pakatan Haprak mahu menewaskan Barisan Nasional di Negeri Pahang, maka mereka terpaksa menjatuhkan Adnan Yaakob terlebih dahulu.


Atas sebab itu Pakatan Haprak tu terpaksa mencipta persepsi dan menyebarkan propaganda hanya semata - mata untuk melemahkan jentera Pilihan Raya Barisan Nasional secara terang - terangan.


Jika sebelum ini, puak Pakatan Haprak itu terpaksa mengitar semula isu penarikkan diri YAB Menteri Besar Pahang dalam PRU kali ini sedangkan isu itu tidak menggambarkan keadaan semasa.


Malah, puak Pakatan Haprak tu juga terpaksa mengedit gambar dari Astro Awani dengan tujuan mahu memberikan gambaran seolah - olah kenyataan mengenai penarikkan diri itu dibuat baru - baru ini.


Selain itu, puak Pakatan Haprak di Pahang juga terpaksa mencipta isu kononnya Adnan Yaakob akan bertanding di Parlimen Paya Besar bagi menghidupkan spekulasi kononnya Pahang akan dapat MB baru.


Dan yang terbaru, mereka menyebarkan gambar sepanduk kononnya rakyat di DUN Pelangai menolak kepimpinan YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan sedangkan pengundi dikawasan DUN itu masih mahu Adnan Yaakob kekal bertanding.


Pokok pangkalnya, puak Pakatan Haprak tu kini berada dalam keadaan yang cukup terdesak mahu merampas kuasa dan tidak mempunyai isu untuk menyerang kepimpinan YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan yang telah mentadbir Negeri Pahang dengan cemerlang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping