Selasa, Mei 15, 2018

Begitulah putar belit yang diamalkan oleh Rejim Pakatan baru ni. Belum apa - apa lagi mereka dah mula memutar-belitkan janji yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu.


Kalau sebelum ini mereka sibuk menjaja cerita pasal nak menghapuskan PTPTN dalam kempen. Tapi sebelum PRU yang lalu, mereka ubah perkataan 'MANSUH' itu kepada 'TANGGUH'.


Begitu juga dengan isu nak menghapuskan tol. Hari tu sibuk diorang mendakwa akan menghapuskan tol sekiranya berjaya merampas kuasa di Putrajaya. Tapi sekarang janji itu dah berubah.


Dari 'Menghapus', Rejim Pakatan Baru itu menggantikannya dengan perkataan 'Mengkaji'. Maknanya, belum tentu mereka akan menghapuskan tol seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini.


Maka tidak hairan la kenapa hari ini pemimpin tertinggi Rejim Pakatan Baru itu mengeluarkan kenyataan yang sama berhubung isu berkaitan Akta Anti Berita Palsu yang diluluskan sebelum ini.


Walaupun mereka mendakwa akta itu diwujudkan oleh Barisan Nasional untuk menyekat kebebasan bersuara dan menyatakan bahawa akta itu sengaja diadakan untuk menindas rakyat. 


Tapi hari ini mereka tidak benar - benar komited untuk menghapuskan akta tersebut. Sebaliknya mereka memberikan gambaran bahawa akta itu tetap akan dikekalkan dan ianya hanya dikaji bagi memberi keuntungan kepada kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories:

8 ulasan:

  1. Masih ada yg tak cerdik nie.

    Dah berapa banyak duit dihabiskan utk bentang akta tu

    Takkan nak hapus gitu je. Kena la kaji dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalnya sekarang, selidik sedalam-dalamnya dulu sebelum janji nak hapuskan. Tetapi kalau sudah janji, wajib ditunaikan!

      Padam
  2. tipah tertipu....tipu tertipah.....hahahaaa

    BalasPadam
  3. Admin, lps 100 hari kita kasi bom berantai punya, kaw2 kita tarok. Sekarang ni lex2 dulu, kita bagi diorang terawang-awang dgn kerusi sedap2 kat putrajaya tu dulu.

    BalasPadam
  4. Yang penting PH menang....huhuhu

    BalasPadam
  5. Sebenarnya penulis blog2 nilah putarbelit ..tahap taksiuman

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Apa org2 BN suka GST? Ada berapa duit simpanan org2 BN sekarang ni dalam bank masing2? Mansuh atau kurang itu bagus untuk semua rakyat. Apa kalau GST mansuh atau dikurangkan orang2 BN akan terus membayar GST tersebut?

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping