Sabtu, Mei 05, 2018

Azmin kata Selangor Kaya. Tapi masalah air tak boleh selesai???

Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga) memandang serius fitnah yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor dan akan mengambil tindakan perundangan terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


“Pihak Puncak Niaga dengan ini menyatakan bahawa Puncak Niaga telah pun melantik peguam bela dan peguam cara untuk membawa perkara fitnah dan fakta-fakta yang tidak betul ini dan kenyataan yang menjejaskan imej syarikat sebagai syarikat awam ke mahkamah,” kata Pengarah Eksekutif Bahagian Sumber Strategik dan Perhubungan Awam Puncak Niaga, Datuk Mohd Zainul Fithri Othman.


Menurutnya, Mohamed Azmin telah mengeluarkan kenyataan dengan fakta tidak tepat dan menjatuhkan imej Puncak Niaga yang menguruskan air.


Menurutnya, masalah air di Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah krisis yang tercetus apabila kerajaan Selangor tidak meluluskan banyak program pembangunan air yang dicadangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pada 2008.


“Kalau dulu semasa Puncak Niaga mentadbir, kami dihalang dari melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan penambakan.


“Kenapa apabila Parti Keadilan Rakyat mengambil alih pengurusan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan pada tahun 2008 krisis ini masih ada dan berterusan dan belum dibaik pulih sepenuhnya,” katanya pada sidang media di sini hari.


Mohd Zainul berkata demikian membidas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menerusi sebuah video yang tular di laman media sosial baru-baru ini.


Dalam video tersebut Timbalan Presiden PKR itu memberi penjelasan apabila ditanya oleh seorang tetamu berhubung masalah air yang berlaku di Selangor dan menjadikan Puncak Niaga sebagai 'Kambing Hitam'.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping