Selasa, Mei 08, 2018

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah bertitah supaya rakyat bijak memilih dengan memberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 9 Mei ini.


Baginda bertitah, amanah perlu diberikan kepada pihak yang ikhlas dan terbukti mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat.


“Semua pengundi perlu membuat penilaian yang tepat bagi memastikan masa rakyat dan negara sentiasa terjamin. Saya harap sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ini undilah dengan pemikiran yang matang dan waras, pilih dan berikan mandat kepada mereka yang terbukti memberi khidmat terbaik untuk keselesaan rakyat dan khidmat yang baik serta ikhlas.


“Tepuk dada tanya selera jangan salah makan, nanti sakit perut makanlah yang baik, undilah yang baik,” titah baginda ketika menyempurnakan majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lanchang di Kampung Bongsu di sini hari ini.


Turut bercemar duli berangkat mengiringi baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Tengku Abdullah bertitah, baginda menghargai segala usaha kerajaan pusat di bawah kepimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob yang telah meletakkan asas kesejahteraan rakyat di atas landasan yang betul dan utuh.


“Ini dapat dilihat dengan pelbagai hasil dan nikmat yang dikecapi oleh rakyat termasuklah PPR Kampung Bongsu yang merupakan salah satu agenda pembangunan negara dalam mensejahterakan rakyat.


“Kerajaan Persekutuan telah membina 118  buah projek PPR yang menelan belanja RM6 bilion yang dapat dimanfaatkan oleh 83,000 keluarga dan di Pahang sahaja sebanyak 36 projek dibina yang menunjukkan tanggungjawab kerajaan mensejahterakan rakyat,”titah baginda.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping