Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menolak saman pemula yang dikemukakan Tian Chua terhadap Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan SPR berhubung keputusan pegawai itu menolak penamaan calonnya untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu P115 pada PRU-14.
Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Anwar Mohd. Zain, 56, dan SPR selaku responden pertama dan kedua.
Ketika membuat keputusan itu Nordin menyatakan, Tian Chua seharusnya memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan penolakan berkenaan bukannya melalui saman pemula.
Dalam saman pemula yang difailkan Isnin lalu, Naib Presiden PKR itu memohon perisytiharan bahawa dia layak menjadi calon dalam PRU-14 mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan dan di sisi undang-undang selain perisytiharan beliau berhak untuk bertanding dan diterima sebagai calon.
Saman itu dikemukakan atas alasan telah termaktub dalam undang-undang bahawa denda RM2,000 tidak akan menjejaskan hak atau status atau membuat hilang kelayakan pemohon sebagai ahli parlimen.
Beliau mendakwa, dokumen penamaan calonnya diterima sekali gus dibenarkan bertanding walaupun didenda RM2,000 kerana mencederakan anggota polis pada 2007 dan semenjak itu pemohon mendakwa terus menjalankan tugas sebagai ahli parlimen.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.