Keliru dan Mengelirukan memang sudah menjadi sebahagian dari amalan dalam Pakatan Haprak tu sejak mula kewujudan mereka sebelum ini. Malah kekeliruan itu membuatkan mereka sendiri terkeliru.
Terutama sekali dalam PKR. Kalau dulu, parti itu ditubuhkan bagi menentang pemerintahan Tun Mahathir yang didakwa Zalim serta bertindak seperti seorang pemimpin Diktator.
Tapi hari ini, perjuangan asal PKR yang menentang pentadbiran Tun Mahathir itu berubah 360 darjah hanya semata - mata kerana 'Kekeliruan' dikalangan pemimpin - pemimpin atasannya.
Maka tak hairan la jika sekiranya Si Wan Azizah tu hari ini dilihat lebih banyak memberikan tumpuan serta perhatian penuh kepada usaha untuk memenangi hati pengundi Permatang Pauh.
Padahal Presiden PKR itu tidak lagi bertanding di Permatang Pauh. Sebaliknya, dia bertanding dikawasan Parlimen Pandan bagi menggantikan Rafizi yang hilang kelayakan untuk bertanding.
Soalnya, kenapa Si Wan Azizah tu sibuk nak berkempen di Permatang Pauh sehingga orang di Pandan sendiri tidak diambil peduli? Adakah Presiden PKR itu sedang berada dalam kekeliruan melampau?
ATAU mungkin Si Wan Azizah tu tidak percaya kepada kemampuan Nurul Izzah untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen warisan anak beranak dia tu dalam Pilihan Raya Umum kali ini sehingga menyebabkan dia terpaksa mengabaikan rakyat di Pandan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.