Rabu, Februari 26, 2020

Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional menarik semula SD yang dibuat sebelum ini.

Kemudian diikuti pula dengan perubahan pendirian yang dibuat oleh DAPigs yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Mahathir sebagai Perdana Menteri tetapi beralih kepada Anwar Ibrahim pada hari ini. 

Ia sekaligus meranapkan impian Mahathir untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada wakil pelbagai parti Politik Tanpa Pembangkang mengikut acuan Mahathirisme.

Malah hasrat Mahathir mahu memiliki "Absolute Power" dan menjadi 'Supreme Leader' dalam Kerajaan baru itu juga turut terlerai. Kini jalan keluar yang paling tuntas adalah dengan membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya semula.

Bagi pihak Pakatan Hancing pula, agenda mereka untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri juga menemui jalan buntu apabila jumlah sokongan yang diperolehi tidak mencukupi bagi membentuk Kerajaan PH 2.0.

Jika dilihat dari satu sudut, agenda Politik kedua - dua belah pihak sama ada Mahathir mahupun Pakatan Hancing hanya berkisar mengenai kepentingan induvidu dan bukannya memberi keutamaan kepada rakyat.

Sebelum ini puak Pakatan Hancing  yang terdiri daripada PKR, DAPigs dan PAN selalu membicarakan soal "MANDAT RAKYAT". Mereka kata ia jalan yang paling demokratik dan mengikut Perlembagaan yang dianggap "constitutional".

Jadi, kenapa tidak mereka menyokong agar Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum untuk diadakan? Adakah mereka hanya sekadar mampu menyalak tetapi dalam masa yang sama Takut Pada Bayang - Bayang sendiri?

Sewajarnya Pakatan Hancing tidak perlu bersembunyi disebalik slogan 'Mandat Rakyat' bagi meneruskan agenda buruk yang telah mereka lakukan selama memerintah. Sebaliknya, mereka perlu berikan kuasa kepada rakyat. Lagi pun, Malaysia ni bukan BAPAK diorang punya!!!
Dalam keadaan Politik Negara yang semakin huru hara hari ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Senario yang getir ini bukan sahaja meresahkan pemimpin Politik, tetapi turut mendapat perhatian rakyat.

Bukan tujuan nak membangkitkan keadaan panik atau menimbulkan kekeliruan. Cuma sekadr meluahkan pandangan picisan peribadi mengenai beberapa keadaan yang MUNGKIN berlaku dalam dunia Politik yang dianggap 'The Age of Distruption" ini.

SENARIO 1: 221 AHLI PARLIMEN SOKONG MAHATHIR

Jika kesemua Ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang parti Politik, menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, maka dia akan mempunyai "Absolute Power" untuk memilih barisan kabinet campuran dari setiap Ahli Parlimen yang menyokong.

Dia boleh kutip wakil dari setiap parti Politik sama ada UMNO, PAS, PPBM, PKR, PAN, GPS, WARISAN mahu pun DAP. Jika keadaan ini berlaku, maka lanskap Politik Negara akan berubah seratus peratus.

Maknanya, selepas ini tiada lagi istilah "Pembangkang" sebab semuanya menyokong kepimpinan seorang Perdana Menteri dan segala keputusan yang dibuat oleh beliau perlu diterima serta dipatuhi.

Menyedari hakikat ini, UMNO dan PAS serta gabungan dalam Barisan Nasional menarik semula sokongan yang diberikan kepada Tun Mahathir dengan alasan perkara itu hanya untuk menjaga kepentingan seorang individu iaitu Mahathir.

Sedangkan konsensus yang telah dipersetujui oleh PAS dan UMNO didalam Muafakat Nasional, sesiapa sahaja boleh menubuhkan Kerajaan tetapi TIDAK BOLEH disertai oleh DAP kerana parti itulah yang merosakkan Negara.

Malahebuah Kerajaan perlu bertindak atas dasar kepentingan serta kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa melihat latar belakang Politik mereka. Bukan untuk mengangkat seorang individu sebagai 'Supreme Leader' demi kepentingan peribadi.

SENARIO 2: MUAFAKAT NASIONAL SAHAJA TAK SOKONG MAHATHIR

Jika perkara ini berlaku, maka PAS dan UMNO sahaja yang akan jadi Pembangkang dalam Parlimen dengan jumlah kerusi lebih kurang 58 sahaja. Keadaan ini sudah pastinya tidak akan mengutungkan Muafakat Nasional.

PPBM belum tentu akan menyertai Muafakat Nasional. Tiada sebarang persetujuan yang dicapai setakat ini. Malah tanda-tanda itu sudah dapat dilihat apabila Pemuda Armada menyatakan bahawa mereka menolak kerjasama dengan UMNO.

Tambahan pula, kepimpinan tertinggi PPBM tetap akan mengikut arahan Tun Mahathir sekiranya parti itu masih mahu beliau kembali menjadi Pengerusi parti tersebut dan kekal sebagai Perdana Menteri.

Azmin Ali dan 10 orang konco yang telah meninggalkan PKR pun belum tentu akan ikut Muafakat Nasional. Sebaliknya mereka ini lebih cenderung menyokong Tun Mahathir berbanding Muafakat Nasional.

PKR pun tak kisah jika mereka meneruskan kerjasama dengan Tun Mahathir walaupun Azmin Ali dan konconya dipecat sebelum ini. Yang penting, mereka masih kekal sebagai Kerajaan.

DAP lagi la tak kisah. Sebab itu awal-awal lagi Guan Eng dah umum parti itu tetap akan menyokong kepimpinan Mahathir sebagai Perdana Menteri. Bahkan DAP pun tiada masalah nak bergabung semula dengan PAS asalkan parti itu tidak bersama dengan UMNO.

PAN pula seperti biasa, mereka akan tetap menurut segala perintah DAP. Apa yang DAP suruh, itu yang PAN akan buat. Waima mereka disuruh berbaik semula dengan PAS sekali pun, sudah pasti PAN akan menurutinya.

GPS? WARISAN? Mereka lebih suka mengambil langkah "Tunggu dan Lihat". Mana yang dapat sokongan banyak, pasukan itu yang akan mereka sokong. Perkara itu sudah berlaku sebelum ini pada ketika Barisan Nasional kalah dalam PRU yang lalu.

Nauzubillah, jika keadaan ini berlaku, UMNO adalah pihak yang PALING RUGI. Nak pulak jika PAS berjaya dipujuk oleh puak Pakatan untuk bersama dengan mereka bagi membentuk Kerajaan. UMNO hanya ada 40 kerusi sahaja di Parlimen.

Tapi Alhamdulillah setakat ini PAS masih berpegang teguh kepada perjanjian yang telah dibuat melalui piagam Muafakat Nasional. Malah PAS juga senada dengan UMNO untuk menolak sebarang kerjasama dengan DAP.

BUBAR PARLIMEN JALAN TERBAIK

Sekarang segalanya akan ditentukan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Kebijaksanaan baginda selaku Raja dan Payung Negara dalam merungkai senario ini demi menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat secara menyeluruh.

Walau apa pun keadaannya, langkah membubarkan Parlimen adalah jalan yang terbaik. Bukan setakat kepimpinan parti Politik sahaja yang mahu Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya. 

Tetapi rakyat secara keseluruhannya juga turut mahukan perkara yang sama. Rakyat ternyata sudah muak dengan pelbagai konspirasi Politik yang tiada ketentuan ini berpanjangan. Rakyat mahu sebuah Kerajaan yang membela nasib mereka.

Berilah rakyat peluang untuk menentukan siapa yang mereka mahu sebagai Kerajaan agar nasib mereka terjaga dengan baik. Sebelum ini Pakatan bercakap soal menghormati Mandat Rakyat kan? Sekarang, mereka juga perlu menyokong agar Parlimen Di Bubarkan!!!

Isnin, Februari 24, 2020

Siapa sangka. Tekanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sama ada yang menyokong BN atau Muafakat Nasional mahupun Pakatan Hancing selama hampir dua tahun mampu menzahirkan kreativiti tahap tinggi hari ini.

Sejak dari malam semalam, membawa sehingga ke hari ini, disaat Tun Mahathir umum perletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, bertalu - talu satira Politik dinukilkan oleh para netizen melalui laman media sosial mereka.

Ada yang memberikan tajuk episod hari ini sebagai 'The Empire Strike Back'. Ada juga yang menyamakan Tun Mahathir dengan watak Thanos yang memiliki semua Batu Infiti dalam filem Avenger: The Infinity War. "Sekali petik, habis semua musuh jadi debu", kata mereka.

Tak kurang juga dengan tajuk filem baru yang diadakan seperti 'The Lost Samurai' merujuk kepada Anwar Ibrahim serta 'The Lost Soul' yang merujuk kepada bekas Menteri Rejim Pakatan Hancing yang meroyan kerana hilang jawatan.

Begitulah pandangan rakyat sebenar terhadap senario Politik Negara pada hari ini. Ia hanya sekadar lawak jenaka yang menghiburkan mereka. Maka sebab itu mereka tampil dengan pelbagai satira Politik bagi menyindir pemain - pemain Politik ini.

Namun, ada yang mendakwa fiasco yang berlaku hari ini sama seperti RAMPASAN KUASA. Rampasan Kuasa? Siapa yang rampas kuasa? UMNO? PAS? Muafakat Nasional? Tidak ada kaitan pun dengan mereka. Tapi semuanya salah Pakatan Hancing itu sendiri.

Mereka yang beria mendesak Tun Mahathir melepaskan jawatan. Mereka yang memporak - perandakan Negara selama setahun lebih ini. Mereka yang membuatkan Tun Mahathir merasa kecewa dengan sifat kebudak - budakkan yang dipamerkan.

Ternyata, pemimpin Pakatan Hancing itu masih belum MATANG bermain Politik. Mentaliti mereka masih tersekat pada kehidupan seperti pembangkang walaupun pada ketika mereka mempunyai kuasa untuk memerintah dengan baik.

Mereka yang mempermainkan kehidupan rakyat secara terbuka. Mereka yang memungkiri janji dengan memberikan alasan bertaraf Longkang untuk menutup kemaluan sendiri. Tapi mereka tetap mahu menyalahkan orang lain.

Bagaimana mungkin mereka boleh mendakwa fiasco yang berlaku hari ini sebagai satu bentuk Rampasan Kuasa sedangkan Perdana Menteri yang MEREKA PILIH SENDIRI yang meletak jawatan kerana kecewa?

Jelas ia membuktikan bahawa puak Pakatan Hancing itu masih belum belajar dari kesilapan mereka sendiri sehingga ia membuka ruang untuk perkara seperti hari ini berlaku. Mereka yang suka kencing berlari, tapi masih nak salahkan orang lain yang bau hancing!!!
Selepas fiasco yang berlaku semalam, ia mula bersambung hari ini apabila pelbagai spekulasi terus hangat diperkatakan khususnya melalui laman media sosial. Pelbagai pandangan diberikan dari beberapa sudut.

Bukan tak setuju. Bukan juga tidak menyokong. Tetapi seharusnya pemimpin perlu memikirkan soal ini dari pelbagai sudut. Khasnya buat pemimpin pembangkang. Mereka harus mendapatkan pandangan dari akar umbi terlebih dahulu.

Realitinya, ahli tidak bersetuju jika peralihan kuasa berlaku melalui pintu belakang seperti yang berlaku di Perak sebelum PRU yang lalu. Ahli melihat ia satu langkah yang tidak wajar diambil jika ia hanya melibatkan kepentingan pemimpin atasan.

Bagi mereka yang berada diatas pagar, senario yang berlaku beberapa hari ini membuatkan mereka lebih muak melihat Politik Negara. Nak pulak dikalangan anak muda. Mereka dah meluat menengok gelagat ahli Politik yang huru hara.

Sewajarnya apa yang perlu dihidangkan kepada rakyat ialah jaminan yang juga digelarkan sebagai "New Deal" yang hangat diperkatakan sebelum ini. Apa jaminan yang dapat diberikan kepada rakyat secara menyeluruh?

Adakah pembentukan Kerajaan Baru itu kelak dapat menjamin kehidupan rakyat bertambah selesa dari keadaan sedia ada? Adakah pembentukan Kerajaan Baru itu kelak akan dapat memastikan kos sara hidup rakyat kembali stabil?

Mampukah pembentukan Kerajaan Baru tanpa penglibatan DAPigs, PKR Pro Anwar dan PAN itu menjamin kesejahteraan rakyat? Mampukah pemimpin Kerajaan Baru itu kelak memastikan ekonomi Negara bertambah mampan?

Bolehkah Kerajaan Baru itu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada rakyat dan memastikan kehidupan mereka kekal aman serta harmoni? Persoalan itu yang perlu dijelaskan kepada rakyat terlebih dahulu.

Sebaliknya, apa yang berlaku hari ini hanya mempamerkan kemaruk kuasa dikalangan ahli Politik Negara semata - mata demi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Perlu diingatkan, rakyat hari ini bukan kembali menyokong BN atau Muafakat Nasional.

Tetapi mereka sudah mula menyampah melihat gelagat pemimpin Politik Pakatan yang sekadar pandai bercakap tak serupa bikin dan hanya tahu memberi alasan bertaraf longkang semata - mata. 

Muafakat Nasional perlu ingat! Jangan Sampai Yang Dikejar Tak Dapat, Yang DIkendong Pulak Berciciran!!!

Jumaat, Februari 21, 2020


Biar apa pun alasan yang cuba diberikan oleh Menteri Pakatan Hancing ini, ia tidak akan dapat menjustifikasikan apa yang menjadi tanda tanya dikalangan rakyat. Kenapa Menteri sibuk nak "Pindah Milik" aset Tabung Haji?

Itu persoalan sebenar yang perlu dijelaskan oleh Menteri berkenaan. Itu yang dituntut oleh setiap rakyat khususnya yang beragama Islam. Sehingga ke hari ini, Menteri berkenaan hanya banyak memberi alasan bertaraf Longkang semata - mata.

Rakyat mahukan penjelasan. Persoalan yang dibangkitkan perlu dijawab dengan jujur, bukan disebalik kenyataan media yang hanya direka untuk menyedapkan hati pembaca. Ia ada kaitan dengan institusi kewangan Islam Negara.

Kalau dulu, isu pasal pembelian tanah di TRX pun puak Pakatan Hancing tu boleh timbulkan rasa panik dikalangan rakyat sehingga ada yang sanggup mengosongkan akaun mereka serta membatalkan giliran Haji. Inikan pulak isu yang sebesar ini.

Mana mungkin Menteri boleh bagi alasan kononnya pihak atau kelompok tertentu itu hanya mahu menjadikan isu Tabung Haji ini sebagai 'Bahan Murahan' semata - mata. Pihak tertentu itu mahukan penjelasan lisan dan terbuka daripada Menteri.

Maka sebab itu Pemuda UMNO tampil mencabar Menteri berkenaan untuk berdialog secara terbuka dan disaksikan oleh rakyat dengan mata dan telinga mereka sendiri. Bukan membuat dakwaan seperti yang dilakukan oleh Pakatan Hancing sebelum ini.

Isu pasal "Pembelian Tanah", Pakatan Hancing kecoh SATU DUNIA. Tapi bila isu pasal "Jual Aset" atau disebut oleh Menteri "Pindah Milik", Pakatan Hancing kata ia Bahan Murahan Pihak Tertentu? Mentaliti Menteri letak kat mana?

Maka atas dasar itu, sewajarnya Menteri berkenaan perlu jujur dengan diri sendiri. Jangan Takut Pada Bayang - Bayang. Ia melibatkan soal institusi kewangan Islam. Ia melibatkan wang serta amanah rakyat. Jadi, tak perlu la Menteri nak bagi alasan bertaraf Longkang untuk menyelamatkan buah Kerandut sendiri!!!

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping