Bagaimana hendak melahirkan ahli politik yang benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat?
Ini memerlukan program pengukuhan yang bertitik tolakkan sistem keyakinan (tauhid), pandangan hidup (mind set) dan asas nilai yang kukuh. Langkah kembali kepada fitrah (back to basic) perlu membina sifat ikhlas dalam diri ahli-ahli politik itu sendiri.
Sifat ikhlas ini perlu didahulukan dengan Niat bahawa segala urusan yang dilakukan adalah kerana Allah S.W.T semata-mata.
Sebagai khalifah, ahli politik sepatutnya mampu mengurus, mentadbir serta memakmurkan muka bumi ini secara bijaksana dan profesional. Konsep berpolitik sebagai satu ibadah perlu diketengahkan dan ianya mestilah berpandukan syariat yang betul.
Keikhlasan hanya dapat diperkukuhkan jika Iman disuburkan, syariat diamalkan dan sebarang jawatan yang diberikan itu dilihat sebagai satu Amanah Besar bukan hanya satu anugerah.
Fikirkanlah. Tanya kepada diri kita sendiri apa sebenarnya yang kita mahu dari politik. Adakah kita hanya mahu orang lain mengikut apa sahaja kemahuan kita? (Petikan dari maksud Politik dalam Wikipedia). Atau kita hanya mahu rakyat melihat bahawa hanya kita, pemimpin yang betul walaupun ianya hanya lakonan kita semata-mata? Atau mungkin juga kepada sesetengah pihak mereka mahu mencari keuntungan demi kepentingan diri sendiri?
Apakah ertinya politik jika kita hanya mahu menunjukkan bahawa apa yang kita buat itu betul dan orang lain semuanya salah. Adakah politik hanya berpandukan seorang manusia sahaja seperti yang diamalkan oleh sesetengah Parti Politik tempatan?
Fikir-fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.