Khamis, November 05, 2009

Ini satu sindrom yang ada dalam mana-mana struktur organisasi. Perkara ini dibangkitkan oleh sahabat saya sewaktu kami makan tengahari tadi. Kebanyakkan orang, mereka tidak tahu apa perlunya struktur dalam sesebuah organisasi tersebut. Tambah pula mereka tidak tahu apa tugas dan tanggungjawab mereka apabila mereka di letakkan dalam sistem organisasi itu sendiri.

Inilah masalahnya dengan UMNO pada hari ini. Sewaktu Pemilihan, semua berebut mahukan jawatan. Sampai ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan jawatan tersebut. Dan bila mereka menang, maka mereka gah dengan apa yang mereka miliki sehingga mereka lupa bahawa hakikatnya kemenangan mereka itu adalah hasil daripada ahli-ahli yang memilih.

Seawal waktu pemilihan, berbagai-bagai perkara yang mereka janjikan. Mereka berjanji mahu melakukan itu dan ini. Setelah menang, jangan kata mereka mahu melaksanakan janji-janji tersebut, malah ada sesetangah dari mereka yang lansung tidak nampak muka. Hadir ke sesi mesyuarat Jawatankuasa jarang sekali, inikan pula mahu membantu dalam perjuangan politik. Ada juga kes dimana orang-orang ini di laporkan tidak menghadiri satu pun mesyuarat jawatankuasa dan jauh sekali mengangkat sumpah sebagai Ahli Jawatankuasa.

Adakah orang-orang ini tidak tahu tugas dan tanggungjawab mereka sehingga mereka melakukan perkara-perkara bodoh seperti ini? Apakah mereka tidak tahu bahawa mereka sebenarnya telah diberi mandat dan amanah oleh ahli-ahli yang mengharapkan mereka dapat menjalankan tugas dengan betul dan sempurna? Apakah mereka tidak pernah terfikir betapa kecewanya ahli-ahli yang memilih mereka seandainya mereka, ahli-ahli itu tahu bahawa mereka tidak menjaga amanah tersebut? Na'uzubillah. Sedarlah bahawa jika kita tidak menjaga amanah ini satu dosa besar.

Orang-orang yang tidak tahu menjalankan amanah inilah yang perlu UMNO singkirkan. Orang-orang yang hanya mahu jawatan sahaja tetapi tidak mahu menjalankan tugas serta tanggungjawab ini sepatutnya dikenakan tindakan disiplin yang berat agar ianya menjadi pengajaran kepada orang-orang lain. Sesungguhnya, orang-orang seperti inilah yang merosakkan kredibiliti sesebuah organisasi itu dan bukannya dasar organisasi itu. Perkara ini bukan sahaja berlaku didalam UMNO sahaja, malah Parti-Parti politik lain juga begitu. Lihat sahaja PKR hari ini, PAS, DAP, MCA, MIC dan sebagainya. Langkah drastik perlu diambil bagi mencegah orang-orang ini dari memusnahkan kepercayaan ahli-ahli terhadap diri kita sendiri.

Sedarlah wahai sahabat-sahabat ku sekalian. Jangan sampai kita dah tersungkur kalah, kita mahu menunding jari dan menyalahkan orang lain pula. Takkan perkara-perkara ini juga perlu diadakan kursus khas!

"Janganlah kita hanya makan tahu, Ambil tahu juga penting".

Fikir-fikirkanlah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping