Tindakan disiplin yang mereka kenakan kepada pemimpin-pemimpin mereka juga agak mengelirukan dan boleh menjadi pertikaian. Ustaz Nasaruddin yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dipertikai. Tindakan Dr Hassan Ali mengarahkan agar penjualan arak dikurangkan dikawasan penduduk majoriti Melayu di Shah Alam dipanggil dan dipersoalkan. Ini diantara insiden yang menjadi persoalan bagi saya.
Apakah sebenarnya perjuangan PAS ini? Perjuangan Islam apakah yang hendak diketengahkan? Merapatkan Ukhwah sesama saudara Islam dipertikai. Menegakkan hukum Islam juga dipersoalkan. Habis, perjuangan Islam apa jika macam itu perlaksanaannya? Buat satu tindakan, tetapi kemudian meminta maaf dari rakan-rakan pembangkang yang lain. Mana perginya perjuangan Amar Makruf Nahi Mungkarnya? Isu arak di Shah Alam oleh Dr Hassan Ali itu sepatutnya mendapat sokongan sepenuhnya dari Saf Kepimpinan PAS Pusat terutama dari Presiden dan Mursyidul Amnya sendiri. Ini tidak, mereka yang paling kuat menyalahkan Dr Hassan Ali dalam isu tersebut.
Dalam Sinar Harian hari ini, Mahfuz Omar menyatakan Perpaduan atau 'Pakatan Senyap' PAS - UMNO tidak mungkin berlaku. Perpaduan ini sepatutnya merapatkan ukhwah sesama Islam. Mereka yang kononnya mahu menegakkan Islam, tetapi bersatu atas nama Agama tidak mungkin berlaku, tidakkah ianya satu perkara yang pelik? Dalam ertikata lainnya, bersatu dengan saudara sesama Islam tak boleh! Islam apa namanya macam tu?
Malah kata Naib Presiden itu lagi, Perpaduan antara PAS dan UMNO itu akan menimbulkan fahaman sentimen Perkauman. Pakatan Rakyat katanya melibatkan berbilang bangsa dan UMNO harus menerima hakikat bahawa Malaysia ini adalah negara berbilang kaum. Habis, selama ini UMNO bekerjasama dengan rakan-rakan Komponen dalam Barisan Nasional itu tidak melibatkan berbagai kaum ke? Mereka yang baru setahun lebih bersatu nak kata Barisan Nasional tidak sedar hakikat itu? Menyedihkan sungguh Naib Presiden PAS ini.
Inilah akibatnya bila kita rasa bahawa diri kita sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Hakikat yang ada didepan mata punyalah lama pun mereka tidak sedar. Malah mereka turut menidakkan tindakan yang betul mengikut hukum Islam lalu mengenakan tindakan disiplin kepada individu terbabit. Mereka juga turut mengelirukan rakyat dengan dakyah mengatakan perpaduan sesama Islam itu tidak Mungkin berlaku. Nauzubillah.
Fikir-fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.