Tetapi keadaan sosial masyarakat ibukota ini bukan menjadi persoalan saya. Ketika saya berdiri dihadapan kaunter restoran makanan pantas ini, saya terasa seperti ada sesuatu yang hilang. Sesuatu yang sepatutnya wujud, tetapi seakan-akan ianya tidak pernah lahir ke dunia ini. Kehangatan yang selalunya kita rasai lenyap tanpa sebarang penjelasan yang logik. Mungkin disebabkan arus perjalanan kehidupan manusia dikota ini menjadikan perkara seumpa itu lazim bagi mereka.
Kehilangan yang saya maksudkan itu ialah Budi Bahasa. Bayangkan kita sedang berdiri dihadapan Kaunter. Soalan pelayan: selamat petang, boleh saya bantu? Seakan-akan saya sedang berhadapan dengan sebuah robot yang sudah diprogram untuk mengulangi perkara yang sama kepada setiap orang, setiap hari dan setiap masa. Mereka seolah-olah tidak ada kehidupan sewaktu mereka dibelakang kaunter. Selepas selesai menunaikan permintaan kita, maka mereka akan ucapkan: terima kasih. Itupun jarang sekali kita dengar.
Apakah disebabkan kerana terlalu mahu mengejar masa yang hakikatnya memang sentiasa berada 24jam maka mereka hilang sentuhan peribadi dalam urusan kerja mereka seharian? Adakah perjalanan pantas manusia itu mengekangkan mereka untuk berhenti seketika, ambil masa dan berseronok dengan kerja mereka? Apa yang dihadapkan dihadapan mereka ialah satu dunia yang pasti berbeza-beza setiap hari. Mengapa mereka tidak mengambil peluang ini untuk menikmati erti kata Budi Bahasa itu sendiri?
Maka dirumuskan, tidak hairan kenapa generasi muda masa kini, terutamnya yang tinggal di Bandar-Bandar besar hilang rasa hormat pada orang lain, inikan pula kepada orang-orang tua. Walau dikongkong dunia serba pantas sekarang, kita perlu ambil masa dan cuba menikmati persekitaran kita sewajarnya. Kerana nikmat ini adalah Anugerah Allah S.W.T kepada kita sewaktu kita masih hidup.
Fikir-fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.