Dah agak 3 minggu lebih saya tidak membuat sebarang posting. Bukan tidak ada ide, tapi agak sibuk menguruskan program-program Pemuda Dan Belia setempat. KPI seorang manusia, selain beramal, beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T termasuk juga bermasyarakat dengan orang lain. Ia juga termasuk dalam kategori beriman kepada Allah sekiranya apa yang dibuat itu niatnya kerana Lillahita'ala.
Cuma hati saya tergerak hari ini selepas membaca satu email yang difowardkan oleh seorang rakan saya. Blog dalam email tersebut bertajuk: Bila Nik Aziz Buat Semua Petikai, Bila UMNO Buat Semua Jadi Syaitan Bisu. Antara isi kandungan blog hasil tulisan 'Tok Janggut' ini menggambarkan perasaan marah seorang penyokong terhadap UMNO (bukan BN sebab kerana Parti Bukan Melayu tak sejahat Umno-kata dia). Sepotong ayat ni sahaja dah cukup untuk kita pertikaikan.
Satu, menggambarkan dalam tulisan seorang penyokong PAS dahagakan sokongan orang bukan seagama dengannya semata-mata untuk kepentingan politik.
Dua, menyifatkan bahawa perjuangan PAS dalam membina sebuah negara Islam sudah jauh menyimpang sebab mereka terpaksa mengampu sahabat bukan Islam mereka terutama DAP.
Dan ketiga, dasar Islam apa yang sebenarnya hendak di ketengahkan oleh PAS jika saudara seagamanya ditolak, dimaki, dicemuh dan dicaci sedangkan mereka membela pula orang bukan Islam?
Selain itu, beliau turut menulis mengenai royalti minyak dan cadangan Nik Aziz untuk membuat Solat Hajat dan berdoa beramai-ramai agar DS Najib dan seluruh penyokong UMNO hancur. Masya Allah. Persoalan yang timbul dihati saya hanya bertanyakan 'Tok Janggut' ni orang Islam ke bukan? Adakah sampai ke tahap itu yang perlu mereka lakukan semata-mata kepentingan dunia? Nauzubillah. Hanya semata-mata kerana wang?
Bukankah lebih bagus jika kita, seluruh umat Islam dalam Malaysia, tidak kira latarbelakang politik, bersatu padu dan buat solat hajat agar Rejim Yahudi yang sudah berpuluh-puluh tahun menyiksa, mendera dan merampas hak Umat Islam Palastine. Mereka bukan sahaja bertindak sedemikian malah mereka turut mencabul, membunuh wanita, kanak-kanak dan warga tua. Perkara ini terang-terang dinyatakan dalam Hadis dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Ini tidak, malah mereka dan Pakatan mereka menyokong pula Yahudi ini. Pakat sama-sama mengutuk, menghina orang Islam sendiri. Astargfirullahal'azim.
Apakah kekejaman rejim Yahudi ini sama dengan apa yang dilakukan oleh UMNO di Malaysia? Adakah orang-orang Terengganu dan Kelantan dibiarkan kebuluran semata-mata tidak dapat royalti minyak? Masa banjir baru-baru ini, tidak adakah sebarang sumbangan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO kepada warga Negeri Kelantan & Terengganu? Apakahh tidak terfikir oleh 'Tok Janggut' ini, bahawa jika betul UMNO kejam, adakah mereka, PAS mampu untuk mentadbir Kelantan, Kedah, P.Pinang atau Selangor? .
Adakah anak-anak yang lahir dihospital kerajaan, pergi bersekolah, masuk Universiti, berkerja dan mencari rezeki, bersolat dalam Masjid yang dibina oleh Kerajaan itu bukti kezaliman UMNO memerintah Negara?
Subhanallah, Maha Suci Allah. Berikanlah petunjuk dan hidayah Mu Ya Ahad, kepada orang-orang seperti ini. Berikanlah beliau petunjuk agar beliau tidak terus lari dari jalan kebenaran dan keredhaan Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbilalamin.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.