Sabtu, November 14, 2009

Lepas maghrib hari ini, seperti biasa saya akan menonton TV1. Setiap hari, TV1 akan menyiarkan slot National Geography yang lama-lama. Walaubagaimana pun, ia tetap memberikan informasi yang boleh kita fikir serta pertimbangkan sehingga kini.

Hari ini, rancangan mengisahkan Ibu Bapa dan anak-anak dalam dunia haiwan. Dari saat anak-anak ini dilahirkan hingga mereka mampu hidup sendiri. Pada waktu mereka, si Ibu mengeram, mereka cukup sabar dan tekun dalam menjalankan kerja mereka. Tiba saat anak-anak itu lahir ke dunia, si ibu masih menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka menyediakan makanan, nutrisi yang sesuai untuk anak-anaknya. Jika mereka kehilangan atau anak-anak kecil mereka mati, kepiluan masih dapat dilihat dimata si ibu.

Si ibu akan mengajar anak-anaknya menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Si ibu juga akan memberi perlindungan sewajarnya kepada anak-anak kecil ini dari sebarang bahaya kecuali ianya telah ditakdirkan. Apabila anak-anak ini membesar sedikit, mereka akan di tunjuk bagaimana untuk mencari makanan mereka sendiri. Dan apabila anak-anak itu sudah cukup ilmunya, maka si ibu akan membiarkan anak-anaknya itu terus hidup dengan cara mereka sendiri.

Walaupun mereka ini haiwan, tetapi mereka juga ciptaan Allah S.W.T yang cukup menakjubkan. Ini diantara bukti Kebesaran Yang Maha Esa untuk kita, manusia renungkan dan jadikan pedoman. Seganas mana sekalipun haiwan itu, tidak kira besar atau kecil, mereka tetap mempunyai persamaan. Rasa kasih sayang terhadap anak-anak mereka. Dari sekecil-kecil haiwan hingga yang paling ganas sekali pun, mereka tetap mempunyai cara mereka sendiri dalam mendidik, menjaga dan membesarkan anak-anaknya.

Manusia juga perlu diingatkan tentang perkara ini, terutama dalam keadaan dunia pada masa kini. Ibu bapa perlu mempunyai sifat tanggungjawab yang lebih besar dari sebelumnya. Dunia pada masa kini lebih kejam, lebih berbahaya dari dunia mereka sebelumnya. Maka mereka, ibu dan bapa, perlu lebih peka dengan perkembangan harian anak-anak. Mereka perlu ambil tahu dengan siapa, ke mana, apa yang anak-anak buat agar mereka tidak terpesong seterusnya melakukan perkara-perkara yang bukan-bukan.

Fikir-fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping