Hari ini saya terbaca satu email kiriman seorang teman yang mana didalamnya mengandungi satu laman blog. Penulis blog berkenaan menamakan dirinya Sosialis Hijau (SH). Melalui penulisan beliau, SH, beliau mengambil petikan dari seorang bekas pejuang PKM, Abdullah CD. Saya tidak sempat membaca habis artikel tersebut kerana hati saya sebak membaca artikel seorang anak Melayu yang menyokong perjuangan komunis dimana keganasan mereka tidak perlu di perjelaskan lagi bukan sahaja terhadap bangsa Cina, malah Melayu juga. Biar pun mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong PKM, tetapi kekejaman yang telah dilakukan mereka tidak dapat dimaafkan. Walaupun saya tidak melalui kehidupan zaman tersebut tetapi sedikit sebanyak ianya mempengaruhi psikologi keluarga saya, terutama ibu bapa saya sendiri.
Artikel tersebut membuat saya terfikir bahawa pihak pembangkang sanggup menjual maruah bangsanya demi menentang UMNO yang mana ianya terang-terangan sebuah Parti Bangsa Melayu. Dan jika saya tidak salah, SH itu juga berbangsa Melayu. Apakah ertinya menjadi bangsa Melayu jika mereka hanya tahu menyalahkan orang bangsanya sendiri sahaja? Kritikan dalam artikel tersebut tidak sedikit pun membawa ke arah pembangunan Insaniah mahu pun merapatkan ukhwah sesama bangsa yang sama agama. Malahan ia membawa ke arah perbalahan dan rasa benci terhadap rakan sebangsa dengan beliau.
Persoalan saya disini ialah kenapa beliau memaparkan hasil tulisan seorang pengikut komunis? Apakah hanya disebabkan Abdullah CD menulis keburukan UMNO sewaktu awal zaman Kemerdekaan sahaja? Apakah tiada bahan lain yang hendak disampaikan oleh beliau? Apakah bangsatnya seorang anak melayu seperti beliau hendak menyokong dan menyuburkan fahaman komunis didalam jiwa rakyat Malaysia dengan memaparkan artikel tersebut didalam blog beliau?
Adakah beliau tahu apa yang sebenarnya dibawa oleh pihak komunis apabila mereka berjaya mentadbir negara? Apakah beliau tidak melihat kesan-kesan negara - negara komunis sebelum ini dan kemusnahan yang dibawa mereka terhadap bukan sahaja rakyat dalam negara, malah negara-negara lain juga. Lihat sahaja di Negara China. Kenapa ramai penduduk negara China melarikan diri dari negara mereka sendiri dan membuka Hong Kong serta Taiwan jika bukan mahu mengelakkan diri dari menjadi sebahagian rakyat yang menderita akibat pentadbiran sebuah negara komunis. Dan sehingga hari ini, masih ramai penduduk - penduduk negara tersebut memasuki negara-negara lain secara haram. Lihat pula keadaan negara Kemboja yang sehingga hari ini rakyatnya masih menderita akibat kekejaman Khamer Rouge. Pelarian-pelarian Bosnia yang di serang oleh penganas - penganas Serbia yang dasarnya mengamalkan fahaman Komunis. Lihat pula Jerman dengan gerakan Nazinya, Jepun dengan kekejaman mereka terhadap penduduk di serata Asia sewaktu perang dunia kedua. Hakikat bahawa sewaktu perang dunia kedua, komunis boleh dipercayai didalam Tanah Melayu, tetapi setelah Jepun menyerah kalah, mereka lebih kejam dari Tentera Jepun. Apakah saudara SH ini tidak sedar akan kesan - kesan ini? Apakah beliau tidak tahu bagaimana kerajaan Komunis memerintah negara mereka?
Rakyat dipaksa bekerja dan diberikan gaji yang sedikit sedangkan keuntungannya dirampas oleh pihak kerajaan. Ianya jauh berbeza dengan keadaan di Negara kita selepas kemerdekaan. Misal contoh seorang petani menanam padi. Selepas dijual kepada pemborong, hasil jualan tersebut dapat disimpan dan digunakan oleh petani tersebut. Itu keadaannya dinegara ini, Malaysia. Kalau di negara komunis, petani tu jual hasil tanamannya, semua keuntungan akan diambil dan dirampas oleh pihak kerajaan. Maka sebab itu kita lihat penduduk di Korea Utara, China, Vietnam sebelum ini hanya layak memiliki basikal sahaja. Bukan kerana mereka tidak mampu, tetapi hanya itu sahaja yang dibenarkan oleh kerajaan mereka.
Apakah rasa syukur dengan nikmat yang diberikan Allah S.W.T kepada kita rakyat Malaysia tidak wujud dalam hati SH ini? Jika kita tanya kepada pelarian - pelarian Kemboja, Bosnia dan China yang turut berhijrah ke Negara ini, mereka tahu bersyukur kerana negara ini aman dan makmur. apakah itu bukan sumbangan perjuangan UMNO yang dikatakan menjadi penaja kelas Birokrat, penganti kapitalis British dinegara ini?
Kesimpulan saya, andaikata beliau (SH) tidak suka dengan corak pemerintahan kerajaan Malaysia pada masa ini, saya cabar SH pergi berhijrah ke negara lain seperti mana yang dilakukan oleh penduduk - penduduk negara komunis lain yang juga tidak senang dengan corak pemerintahan negara mereka. Andaikata beliau sedar bahawa hakikat kita bangsa Melayu tidak ada tempat lain yang lebih sesuai untuk di diami, maka berilah pandangan yang lebih membina kearah kesejahteraan serta kemakmuran. bukan menyuburkan semangat komunisme dikalang penduduk - penduduk melalui tulisan beliau.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.