Rabu, November 04, 2009

Persoalan saya hadapi hari ini ialah kenapa perlu ada sekatan dalam bidang penulisan, bahan cetakan dan penerbitan? Apa masalahnya dan kenapa ianya perlu dilaksanakan?

1. Bidang penulisan ini merupakan bidang tertua dalam Dunia sejak Permulaan Zaman Tamadun Manusia lagi. Asalnya dari tulisan bergambar, lukisan dinding hingga terciptanya huruf standard berdasarkan bahasa masing-masing.

2. Sesungguhnya bidang penulisan ini mampu melakukan pelbagai perkara jika ianya digunakan bagi perkara-perkara tertentu. Sama ada ianya mampu membangunkan sesebuah bangsa dan tidak kurang juga yang mampu meruntuhkan sebuah negara. Semua ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan hujung pena tanpa menghunus pedang. 'The Pen is Mightier than The Sword'. Itulah ungkapan Inggeris yang cukup tepat bagi mengambarkan kehebatan bidang penulisan ini.

3. Malah penentangan terhadap Malayan Union dan perjuangan Kemerdekaan Negara juga banyak bergantung kepada bidang penulisan dan kebebasan yang diberikannya. 'Freedom of Speech & Freedom of Writing'. Susulan dari itu maka lahirlah Surat Khabar Utusan Melayu dan News Strait Time yang menjadi tonggak ke arah Kemerdekaan.

4. Pada hari ini, bidang penulisan melangkah ke alam siber. Ini berikutan lahirnya penulis-penulis Blog yang cukup ramai memeriahkan lagi dunia alam siber pada masa kini. Penulis-penulis ini memiliki kebebasan seluas-luasnya dalam bidang penulisan asalkan mereka tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

5. Sekatan yang berupa akta undang-undang ini memang hasil dari dasar kerajaan. Tetapi kita jangan lupa siapa yang memperkuat kuasakannya. Jika dahulu, Pelajar Universiti memiliki hak kebebasan bersuara tetapi kini hak itu telah ditarik balik. Siapa yang menarik balik hak tersebut jika bukan DSAI ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran. Beliau sedar kuasa destruktif yang terdapat dalam hak tersebut. Ia bakal menganggu gugat pentadbiran kerajaan pada masa akan datang terutamanya dalam bidang politik beliau sendiri. Maka dengan itu beliau menguatkuasakan undang-undang dan menarik balik hak tersebut. Oleh kerana beliau tahu kelebihan kuasa destruktif dalam bidang penulisan dan juga hak kebebasan bersuara itulah juga beliau kini menggesa seluruh keahlian PKR mencela dan membuat propaganda didalam Internet. Ada pernah kita baca satu blog yang benar-benar membuka minda, membawa kearah pembangunan Agama, Insaniah dan sebagainya? Masalahnya ada, bukan tidak ada lansung. Tetapi soalnya jumlahnya sangat-sangat kecil dan sedikit.

7. Kini fahaman itu mula diterap didalam bidang penulisan yang berbentuk media cetak pula. Beberapa penulis awam dan penulis bebas mula mempertikaikan hak-hak mereka dalam bidang penulisan. Maka mereka mula mencabar kredibiliti Dewan Bahasa & Pustaka dan mengatakan DBP tidak lagi relevan terutama pada masa kini.

8. Dalam defensif DBP terhadap kerajaan sekarang, ada baiknya mereka mengekang penulis bebas ini dari menulis dengan sewenang-wenangnya. Hakikat bahawa kuasa destruktif itu terlalu besar dan perlu difahami oleh penulis-penulis bebas ini. Bukan semua jenis buku-buku tidak dibenarkan penerbitannya. Bergantung kepada isi kandungannya juga. Maka pada sudut pandangan ini adalah wajar wujudnya penapisan dalam penerbitan dan penulisan buku ini. Jika ianya bahan bacaan yang bukan sahaja demi pembangunan Agama, Bangsa dan Negara malah memartabatkan lagi bidang penulisan itu ke persada antarabangsa tidak salah untuk ianya diterbitkan. Tetapi kebanyakan (bukan semua) penulis bebas ini dilihat membawa artikel-artikel destruktif semata-mata. Oleh sebab itu DBP perlu memantau keadaan ini dari masa ke semasa.

9. Masalah juga wujud apabila ada sesetengah puak penulis bebas ini menggunakan bahasa picisan dalam penulisan mereka. Ini termasuk juga saya. Bahasa-bahasa seumpama ini mengelirukan bukan sahaja DBP (kerana mereka penat menaik taraf Kamus) tetapi juga para Pembaca khususnya. Perkara seumpama ini yang mewujudkan konflik seterusnya ketidak sefahaman diantara penulis bebas dan juga pihak DBP.

10. Dari sudut penulis bebas ini pula, mereka hanya mahu berkarya dengan olahan dan cetusan ide mereka sendiri. Mereka ada cara mereka dalam meluahkan pandangan mereka. Mereka tidak minta untuk mendapat recognition dari DBP atau pun kerajaan. Tujuan mereka hanya satu, berkarya. Dan mereka mahu rakyat membaca karya mereka. Mereka ini adalah dari golongan Exibitinist yang mahu tumpuan dari masyarakat. Jika tidak mereka tidak mahu bahan tulisan mereka di jual dan dibaca oleh orang lain. Hanya kaedah dan gaya mereka berbeza dari kebiasaan. Itu sahaja.

11. Untuk tidak menjadi salah satu blog yang bukan hanya tahu mempertikai, mempersoal dan membawa propaganda kerajaan semata-mata, saya ingin memberi beberapa cadangan. Pertama, saya ingin mencadangkan agar kedua-dua pihak ini dapat berganding bahu diantara satu dengan yang lain dalam membangunkan institusi Penulisan Negara ke satu tahap yang lebih baik. Kedua, pihak DBP perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk mendekati penulis-penulis picisan ini agar mereka tidak rasa karya mereka tidak dihargai oleh pihak kerajaan. Biarpun akan ada sesetengah pihak mengatakan ianya hanya gimik semata-mata, tetapi ia membawa ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Insya Allah.

'Bacalah. Dengan nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah'. Tafsir Surah Al-Iqra' ayat 1-2.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping