WASHINGTON (AFP) – Some 700 million people worldwide, or more than all the adults of North and South America combined, think the grass is greener on the other side of the fence and want to permanently move to another country, a poll showed Tuesday.
The least likely to want to emigrate were Asians -- only one in 10 Asian adults said they would move to another country.
(Petikan Yahoo News)
Posting saya yang terdahulu menzahirkan sebuah artikel dari seorang blogger yang menggelarkan dirinya Sosialis Hijau (SH) dimana artikel tersebut terdapat sebahagian tulisan Abdullah CD terhadap UMNO sewatu awal Perjuangan Kemerdekaan. Saya hanya persoalkan kenapa beliau, SH, perlu memaparkan tulisan Abdullah CD itu? Adakah hanya untuk memperlekehkan sejarah Kemerdekaan Negara atau Perjuangan UMNO waktu itu semata - mata? Atau adakah beliau mahu mempromosikan Fahaman Komunis dikalangan rakyat Malaysia, yang mana ianya terdapat dalam tulisan Abdullah CD itu. Adakah maksud beliau memamparkan tulisan tersebut untuk menyatakan bahawa sepatutnya bukan UMNO yang kononnya mengganti jubah Kapitalis British tetapi Komunis yang memperjuangkan Kemerdekaan Negara?
Diatas saya paparkan artikel yang dipetik dari Yahoo News semalam di mana berjuta rakyat Negara asing yang mahu berpindah dari Negara asal mereka. Cuba kita tanya kepada beberapa orang Imigran atau pekerja asing yang sudah 2 atau 3 tahun menetap di Negara Malaysia ini. Adakah mereka rasa bertuah kerana diberi peluang untuk tinggal disini biar pun untuk sementara waktu? Saya pasti jawapan mereka YA! Jika ditanya kepada Imigran Muslim terutamanya dari Bangladesh dan Pakistan, mereka lebih suka tinggal di Negara ini kerana kemakmuran negeri - negerinya, keharmonian penduduknya, dan fasiliti Rohaniahnya sangat-sangat meriah. Selang beberapa Kilometer sahaja, pasti ada Surau atau Masjid untuk mereka beribadah. Mereka rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat merasai keamanan di Negara ini.
Saya tanya diri saya sendiri, kenapa penduduk asal Negara ini yang berbangsa Melayu terutamanya sering mengkritik dan mempertikaikan lagi Kemerdekaan Negara, Keharmonian Penduduk - Penduduknya sedangkan pendatang asing boleh rasa bersyukur? Apakah tidak pernah terdetik dalam hati warganegara Malaysia sendiri rasa syukur atas kenikmatan yang dikurniakan Allah S.W.T sebuah negara yang aman dan makmur untuk di duduki? Mengapa mereka, yang tidak rasa bersyukur ini, mahu berhijrah atau berpindah seperti mana yang dilakukan oleh berjuta - juta penduduk negara lain?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.