Jika saya diletakkan ditempat orang-orang peringkat atasan, sudah banyak program yang saya buat. Jika saya ada kuasa, penyokong yang ramai dan kemampuan mengendalikan sesebuah program itu pasti saya akan lakukan secepat yang mungkin. Untuk apa dilengahkan lagi perkara-perkara baik seumpama itu? Yang akan rugi nanti siapa kalau bukan kita sendiri. Memikirkan semula apa yang diulang kata oleh beberapa pemimpin Negeri, bahawa setiap suatu kerja itu tidak semuanya perlu bermesyuarat dulu. Kalau ianya boleh dijalankan terus, jangan berlengah. Teruskan.
Berbalik kepada persoalan, Program Apa Yang Kita Nak Buat tadi. Mudah bagi saya kerana apa yang saya perlu tahu ialah dasar Parti. Apa yang Parti Perjuangkan selama ini? Mengukuhkan Agama, Bangsa dan Negara. Maka berlandaskan dasar itulah program-program itu akan dijalankan. Kita perbanyakkan program-program Agama. Ceramah, forum perdana, kelas-kelas mengaji & membaca Al-Qur'an, Tafsir dan juga Ilmu Fardhu Kifayah. Dengan cara ini secara tidak lansungnya ia akan merapatkan golongan muda dengan Masjid-Masjid dan surau dalam kawasan mereka.
Bagi program mengukuhkan bangsa, anak-anak muda yang masih bersekolah kita adakan kelas Tuisyen Bahasa Melayu, belajar Sastera Melayu, Sejarah dan sebagainya. Mengikut statistik pendidikan, anak-anak Melayu kita amat lemah dalam matapelajaran yang saya sebutkan tadi. Inikan pula mahu mereka belajar Fizik, Kimia dan Biologi. Bagi golongan yang tidak bekerja dan baru tamat sekolah, kita bantu mereka memilih aliran yang betul. Kita bawa mereka ke Institusi-Institusi yang berkenaan seperti IKBN, IKM, Kolej Komuniti, Politeknik dan sebagainya. Jika mereka memperolehi keputusan yang cemerlang, kita bantu mereka dari segi keperluan bantuan Kewangan. Beritahu mereka dimana mereka boleh mendapatkan bantuan dan cara-caranya. Selain itu, bagi golongan yang agak senior, kita adakan program-program kursus keusahawanan, kursus pertanian, kursus pengurusan organisasian dan sebagainya. Dengan cara ini, mereka boleh mempamerkan kebolehan mereka selain kita mencungkil kemahiran tersebut dari mereka. Mana tahu, ada diantara mereka yang memiliki kebolehan tetapi tidak tahu menggunakan kebolehan tersebut pada tempat yang betul dan mampu membawa pulangan yang memadai bagi mereka.
Walaubagaimana pun, persoalan saya sendiri, kenapa dasar Parti masih mahu memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara? Apakah selama ini institusi tersebut tidak diperkukuhkan oleh Parti mahupun Kerajaan? Sudah 63 tahun, mahu perkukuhkan apa lagi?
Jika direnungkan persoalan saya ini, nyata ada kebenarannya. Kita lihat generasi kita masa kini. Jika benar institusi Agama itu sudah kukuh tidak mungkin ada diantara mereka yang masih terlibat dengan gejala sosial? Jika institusi Bangsa tadi juga sudah kukuh, tidak mungkin juga ada anak-anak muda kita yang masih ketinggalan dalam pelajaran, pendidikan dan pekerjaan.
Fikir-fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.