Akhbar Sinar Harian semalam memaparkan sitkom Pakatan Rojak seterusnya. Semakin hari, semakin kelakar pula kita tengok aksi-aksi pelawak-pelawak sitkom ini yang diketuai oleh DSAI. Lawak kali ini agak pelik sedikit.
Kalau sebelum ini, apa yang dilakukan Barisan Nasional, semua tidak betul. Mesti ada sahaja perkara yang tak kena dalam kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Ironiknya, semalam Ketua Umum Pakatan Rojak ini mahu mengikut apa yang di dasarkan oleh DS Najib. Maka, adakah DSAI dah nak mula mengaku apa yang dibuat DS Najib ini betul? Kelakarkan.
Selama ini, DSAI tidak pernah berenti memaki hamun kerajaan dengan pelbagai provokasi. Tetapi akhirnya, beliau terpaksa mengaku apa yang dibuat oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional itu betul. Dengan mewujudkan Jawatankuasa Pemantau yang bertindak memantau Wakil Rakyat, beliau berharap semua wakil rakyat Pakatan Rojak sentiasa diawasi. Dalam erti kata lainnya, DSAI semakin hilang kredibiliti sehingga terpaksa memantau anak-anak buahnya sendiri.
Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pemantauan dan Disiplin Pakatan Rojak ini, maka boleh kita katakan ianya menyerupai sistem KPI yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Bezanya, sistem KPI bertindak untuk memastikan Wakil Rakyat Barisan Nasional menjalankan tugas kepada rakyat, bukan yang melanggar etika serta semangat dalam Barisan. Dan sistem KPI ini bukan sahaja dilaksanakan oleh Wakil Rakyat sahaja. Ia turut diimplimentasikan oleh kakitangan kerajaan yangg lain agar setiap tugas dan tanggungjawab mereka dapat dilaksanakan dengan sempurna serta teratur.
Bagi Pakatan Rojak, Jawatankkuasa Pemantauan ini ditubuhkan untuk mengelak daripada diri mereka dicerca dan dimaki hamun. Yang bertambah kelakarnya, yang mencerca dan memaki hamun mereka bukan orang Barisan Nasional tetapi wakil Rakyat mereka sendiri. Secara tidak lansung, Pakatan Rojak ini mahu mereka dilihat sebagai Maksum dan tidak boleh ditegur lansung. Bukankah ini juga boleh dikatakan sebagai Asobiah?
Jangan la nak mengata orang berjalan senget. Diri sendiri tu kena betulkan dulu, baru betulkan orang lain. Buat la kerja, jangan habiskan masa di Mahkamah. Banyak masa habis di Mahkamah la menjadi sebab kenapa anak-anak buah DSAI bertindak liar.
Fikir-fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.