Jumaat, Februari 26, 2010

Salam Maulidur Rasul & Salam 1Malaysia.

Sempena Hari Kelahiran Nabi Junjungan kita Muhammad S.A.W, hari ini saya menggesa pembaca sekalian agar sama-sama kita menyingkap sirah perjuangan dan pengorbanan Rasulullah S.A.W. Semoga kita memperolehi keberkatan dan syafaat dari Allah S.W.T dengan mencontohi Kekasih Nya.

Jika kita lihat bagaimana para ulama terdahulu membayangkan keperibadian Rasulullah S.A.W, lemah mata pena mereka. Ini disebabkan tidak cukup dengan hanya menulis malah untuk mengambarkan sifat zahiriah dan lahiriah Rasulullah S.A.W itu sampai tidak terduga oleh manusia biasa. Mudah kata, Aura yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W itu lebih hebat berbanding mana-mana manusia biasa termasuk TGNA. Maka, tidak mustahil jika Majalah Forbes menyenaraikan Rasulullah sebagai nombor 1 dalam senarai manusia paling berpengaruh sepanjang zaman. Sehingga hari ini, umat lain masih takut dengan Islam diserata dunia. Bukan kerana apa, tetapi kerana kehebatan Rasulullah itu sendiri tidak dapat dilupakan mereka sehingga kini.

Seterusnya, sepanjang perjuangan Rasulullah S.A.W dalam menyebarkan Islam ke serata Jazirah Arab, Baginda tidak pernah mengenal bangsa melainkan bangsa itu sama sahaja baginya. Baginda berdakwah tidak mengenal bangsa jauh sekali untuk membeza-bezakan mereka. Maka dengan ertikata lainnya, Islam merupakan pedoman bagi sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk pertama didunia. Dasar inilah yang diadaptasikan oleh Dato Seri Muhamad Najib Bin Tun Abdul Razak dalam Gagasan 1Malaysia. Mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W merupakan satu Sunnah bagi setiap umat Islam.

Secara keseluruhannya, jika setiap umat Islam di Malaysia ini mempunyai semangat dan dorongan yang berpandukan Islam, tidak mustahil negara ini akan bertambah maju dimasa akan datang. Dengan mengingati Sirah Rasulullah pada hari kelahiran baginda seperti hari ini, tidak salah bagi saya. Ianya berfungsi untuk kita rakyat Malaysia agar tidak melupakan Baginda S.A.W.

Oleh itu, saya rasa Sambutan Maulidur Rasul sepatutnya diadakan disetiap Negeri diseluruh Malaysia agar semangat dan perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W terus subur disegenap lapisan masyarakat Malaysia, tidak kira apa bangsa sekalipun.

Fikir-fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping