Sabtu, Februari 27, 2010

Salam Maulidur Rasul.

Semalam di TV1 kita dapat lihat secara lansung Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431 H di Putrajaya. Majlis di rasmikan oleh Timbalan Yang DiPertuan Agong. Dalam Majlis tersebut juga dinobatkan beberapa orang tokoh-tokoh Maulidur Rasul termasuk Datuk Dr Hassan Din Al-Hafz, adik kepada Datuk Haron Din.

Seingat saya, Datuk Haron Din juga pernah dinobatkan sebagai tokoh Maulidur Rasul atas sumbangan beliau dalam bidang Agama di negara ini. Begitu juga dengan Datuk Dr. Hassan Ali, Ismail Kamus dan sebagainya. Yang saya hairannya, kenapa ada sesetengah pihak yang mengatakan mereka ini dipinggirkan?

Jika kita ingat, suatu ketika dahulu Forum Perdana cukup terkenal dengan nama-nama ini. Termasuklah Tuan Ibrahim Tuan Man. Persoalannya kenapa secara tiba-tiba mereka senyap dan digantikan dengan orang lain? Apakah sebab musababnya?

Dalam kisah Imam Malik sewaktu pemerintahan Sultan Aminur Rashid beliau merupakan seorang ulama dan guru agama yang terkenal. Sehingga hari ini, nama Imam Malik dan Sultan Aminur Rashid masih kekal dalam ingatan umat Islam diserata dunia. Antara tugas lain Imam Malik ialah sebagai Penasihat kepada Sultan sama ada dalam masalah Agama, Pentadbiran mahupun undang-undang. Tetapi, tidak semua nasihat yang diberikan oleh Imam Malik diaplikasikan dalam Pentadbiran Kerajaan. Kerana ia disesuaikan dengan keadaan. Namun Imam Malik masih tetap Istiqomah dan terus menjalankan tugas beliau menasihati Sultan sebaik mungkin.

Jadi, persoalan mengenai ulama ini dipinggirkan adalah kurang tepat. Persoalan yang sepatutnya kita tanya ialah adakah benar mereka ini dipinggirkan atau mereka sendiri yang meminggirkan diri? Alasan mereka menentang kerajaan adalah disebabkan hala tuju kerajaan tidak Islamiah. Jadi kenapa tidak ditegur dengan Istiqomah? Kenapa perlu menentang dan menjadi musuh?

Tugas ulama ini selain menjadi guru agama, penasihat dan pakar rujuk, mereka juga haruss dijadikan sebagai idola. Tetapi jika keperibadian mereka dan tutur kata mereka hanya memaki hamun ssemata-mata, bagaimana mungkin perkara ini berlaku? Jangan salahkan orang lain jika akhlak anak-anak muda kita semakin hari semakin meruncing. Ini sebab kurang penglibatan para ulama dalam dakwah Islamiah. Bukan salah kerajaan. Sepatutnya mereka memperbanyakkan dakwah diserata tempat sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini. Bukan pergi keliling Malaysia kutuk orang itu dan ini.

Kalau bukan kerana kerajaan, buatlah kerana anak-anak muda dan generasi akan datang. Kalau bukan sebab itu juga, buatlah demi Allah S.W.T. Insya Allah ganjarannya lebih dari yang kita harapkan.

Fikir-fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping