Sabtu, Mac 13, 2010

Salam 1Malaysia.

Posting hari ini mengenai rungutan masyarakat di kawasan ibu kota dan kawasan bandar besar. Soalan yang ditanya, kenapa sewaktu PRU ke 12 kawasan-kawasan ini tewas di tangan Pembangkang?

Jawapan mereka, kebanyakkan penduduk dikawasan ibu kota dan kawasan bandar ini orang luar yang datang atas sebab bekerja. Mereka keluar dari kampung mencari rezeki di kawasan ini. Tidak ketinggalan juga bagi golongan yang baru habis belajar di Universiti lalu bermastautin di kawasan-kawasan ini.

Tidak dinafikan bahawa ibukota dan kawasan bandar ini merupakan lubuk rezeki buat masyarakat umum. Masalahnya, gaji yang mereka perolehi tidak setimpal dengan perbelanjaan seharian mereka. Untuk melepaskan rasa tidak puas hati mereka itu, mereka alih pandangan kepada pihak kerajaan. Mereka mula membuat sangkaan buruk dengan tindak-tanduk kerajaan terutama sewaktu kepimpinan Tun Abdullah Badawi. Apa tidaknya, waktu itu Tun sedang sibuk mempromosikan Pertanian sebagai punca perniagaan. Maka secara tidak lansung, kita terlepas pandang mereka yang tinggal dikawasan bandar ini.

Gaji kecil tapi sara hidup mahal. Kenaikan harga barang, minyak petrol, tol, dan sebagainya menjadi alasan mereka berpaling kepada barisan Alternatif. Itu belum masuk masalah kesesakan lalulintas di ibukota lagi. Perkara ini turut mendapat perhatian pihak oppotunis pembangkang dan mereka menggunakan isu ini sebaik mungkin. Dakyah-dakyah mereka disebarkan melalui Internet dan laman sesawang.

Apabila mendengar rintihan mereka ini, ada perkara yang saya setuju dan perkara yang saya tidak setuju. Tidak kurang juga ada yang kelakar bila didengar. Perkara yang saya setuju ialah ibu kota dan kawasan bandar merupakan tempat mencari rezeki. Tapi masalahnya, kalau dah tahu keadaan hidup di situ semakin hari semakin terdesak, kenapa terus juga tinggal disana? Kenapa mencari jalan mudah dengan menyalahkan orang lain? Ini perkara yang saya cukup tidak setuju.

Pertama, jika mahu mengatakan bahawa ibu kota dan kawasan bandar sebagai satu-satunya tempat mencari rezeki sudah menyalahi Akidah. Rezeki manusia didunia ini adalah ketentuan Allah S.W.T. Ini asas keimanan seorang muslim kepada Yang Maha Mencipta. Tidak semestinya rezeki itu hanya dikawasan Ibukota dan bandar sahaja. Habis, bagaimana pula mereka yang hidup dikawasan luar bandar dan kampung-kampung?

Kedua, jika dilihat dalam sejarah Tamadun Islam dan bagaimana ia berkembang seseorang itu tidak semestinya berada statik untuk berjaya. Dalam sejarah asalnya kewujudan Universiti Al-Azhar, setiap penuntut yang tamat pengajian digalakkan mereka pulang ke kampung halaman masing-masing. Dengan harapan agar apa yang mereka perolehi sepanjang pengajian mereka dapat dikongsi dengan penduduk-penduduk kampung tempat asal mereka. Ilmu yang mereka perolehi itu mampu dimanfaatkan oleh orang lain. Secara tidak lansungnya, ia dapat membantu pembangunan insan dikawasan luar bandar.

Yang menjadi masalahnya kenapa pelajar-pelajar lepasan Universiti ini lebih suka duduk statik terutama ditempat-tempat mereka belajar? Lihat bagaimana Shah Alam berkembang dari kawasan Ladang Sawit kepada sebuah Bandaraya Setalit. Begitu juga dengan kawasan sekitarnya seperti Subang, Petaling Jaya, Damansara dan seangkatan dengannya.

Di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuantan dan bandar-bandar lain pun begitu juga. Mereka merungut tentang gaji kecil dan tidak mencukupi. Harga barang mahal, minyak petrol naik dan tol berada disana-sini. Kalau dah tahu gaji kecil kenapa tidak berjimat? Adakah mereka tidak tahu cara-cara bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah S.W.T kepada mereka? Sepatutnya mereka menginsafi diri mereka dan bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T. Selain dapat meningkatkan Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah S.W.T. kita dapat keredhaanNya dan juga pahala. Adakah wang ringgit lebih bermakna dari itu semua?

Jika mereka dah tahu harga minyak petrol naik, tol sana-sini kenapa mereka tidak memikirkan cara dan alternatif lain? Pengangkutan Awam sebagai contoh. Kenapa mereka tidak menggunakan kemudahan ini sepenuhnya? Bukankah dengan menggunakan kaedah ini juga dapat menjimatkan belanja? Ini tidak. Kalau kita lihat senario hari ini, semua nak pakai kereta.

Bayangkan dalam satu pejabat itu semua pakai kereta. Bos pakai kereta, setiausaha pakai kereta, penolong setiausaha pakai kereta, kerani pakai kereta, pegawai pemasaran pakai kereta, penolong pegawai pakai kereta, peon pakai kereta dan yang hantar surat pun pakai kereta. Itu belum makcik cleaner yang juga datang pakai kereta. Lepas tu mereka mengadu jalan sesak. Adakah perkara ini masuk akal? Pelik.

Perkara seterusnya, mereka dah tahu minyak mahal tapi mereka tetap tuang juga. Tidakkah tindakan ini seperti meludah ke langir terkena pada muka sendiri? Ironik bukan?

Sedarlah. Belajar cara-cara bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T. Kalau dah tahu keadaan di kawasan ibukota dan bandar tu sesak, yang kita duduk lagi disitu kenapa? Susah dapat kerja zaman sekarang ini. Itu alasan mereka. Berbalik lah kepada Agama. Jangan merendahkan iman kita dengan alasan-alasan mudah seperti itu. Berusaha dan bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya itu janji Allah kepada setiap manusia. Asalkan manusia itu rajin berusaha dan beriman kepada Yang Maha Esa.

Seperti mana pesanan seorang pemimpin suatu ketika dahulu, duit membawa maksud:

Daya, Usaha, Ikhtiar, Tawakal.

Insya Allah, jika kita redha dengan ketentuan Allah, maka Allah juga akan mempermudahkan rezeki kita. Beriman kepada Qada' dan Qadar Allah. Itu juga termaktub dalam Rukun Iman.

Fikir-fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping