Selasa, Mac 23, 2010

Salam 1Malaysia.

Sandiwara astro Prima pun hari ini terpaksa menyerah kalah bila mereka menonton episod drama Pembangkang. Masakan tidak, hari demi hari, kisah mereka makin hangat. Lakonan mereka lebih banyak mendapat rating dari drama-drama yang dipaparkan dipeti televisyen, mengalahkan drama Spa Q.

Kali ini mereka memaparkan remake seperti pementasan Seri Mersing. Tapi dengan pendekatan dan pentas yang baru. Lebih canggih dari pentas yang ada di Istana Budaya. Hebat!

Dalam posting sebelum ini saya pernah ceritakan pergolakan yang berlaku dalam PAS. Pergolakan itu yang menjadi alasan mereka setiap kali Perpaduan UMNO dan PAS di ketengahkan. Kata mereka, pada ketika itu UMNO lah dalangnya. BN yang telah menipu mereka. Sedangkan pergolakan itu adalah pergolakan dalam parti.

Pertikaian antara Menteri Besar Kelantan dan Pesuruhjaya PAS Pusat pada ketika itu mendapat perhatian ramai terutama sekali rakyat. Malah mereka sendiri menolak campur tangan kepimpinan BN Pusat. Tapi akhirnya, mereka salahkan UMNO dan BN juga. Soalnya, kenapa?

Ini satu persoalan yang TGNA pun tidak mampu jawab. Sampai hari ini, beliau masih mengulangi kekecewaan beliau apabila mereka ditipu oleh BN, kononnya. Hakikatnya, beliau sendiri yang menolak usul agar pemecatan Menteri Besar Kelantan pada ketika itu tidak sah. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Dewan Ulama PAS Pusat dengan AJKnya telah berbincang dan bersetuju tidak memecat Datuk Nasir tetapi menyeleweng dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Soalan yang patut kita tanya sekarang ialah kenapa? Kenapa beliau telah mengubah fikiran pada ketika itu? Tetapi mungkin sekarang sudah terlambat untuk mendapat jawapan yang pasti dari beliau. Maklumlah, keadaan beliau pada ketika ini pun sudah uzur dan kian dimamah usia tua. Jangan katakan fizikal, malah mental beliau juga turut tergugat.

Hari ini, tariannya sama. Cuma pentasnya sahaja yang berbeza. Pertikaian yang berlaku hari ini adalah diantara ahli PKR dengan Kepimpinan Negeri. Apabila seorang Ahli Parlimen PKR mempersoalkan kredibiliti Ketua Menterinya yang merupakan ahli DAP, kenapa beliau yang dikenakan tindakan? Pada asalnya, Ahli Parlimen PKR ini tidak pernah mengkritik kepimpinan PKR sendiri. Tetapi apabila beliau telah 'ditikam dari belakang' oleh kepimpinan PKR sendiri, apa lagi yang patut beliau lakukan selain dari keluar Parti. Jika pembangkang mahu memperjuangkan Keadilan di negara ini, sepatutnya mereka boleh menerima kritikan secara terbuka. Apa bezanya tindakan mereka dengan akta ISA? Ironik.

Hari ini, kita dapat lihat retorik dan penipuan PKR dibongkar satu demi satu. Tetapi tiada seorang pun dari mereka berani tampil ke hadapan dan mendakwa apa yang dibahaskan dalam Parlimen itu satu pembohongan. Sebaliknya, mereka mendakwa bahawa mereka tidak tahu. Perkara ini perlu dirujuk kepada Pemimpin atasan, kata mereka. Mereka bertindak menolak persoalan ini kepada sipulan, kemudian sipulan menolak kepada sipulan yang lain. Akhirnya, tiada satu pun jawapan yang pasti.

Maka, mereka cuba mengubah perhatian rakyat dengan pelbagai propaganda lain. Apco, 1Israel sama dengan 1Malaysia sebagai contoh. Tetapi propaganda ini tidak mampu meredakan apa yang terbongkar disidang Parlimen. Malah Ketua UMUM PKR sendiri cabut lari. Lari dari apa?

Hari ini, PKR bertelagah sesama sendiri. Itu baru seorang Ahli Parlimen Bebas yang bersuara. Belum yang 2 orang lagi. Tidak termasuk juga seorang Ahli Parlimen yang dipecat sendiri oleh PKR. Boleh dikatakan, kehangatan Drama Temberang Pembangkang ini pasti lebih hangat lagi.

Secara keseluruhannya, mereka berkelahi sesama sendiri. PKR dengan Bekas Ahli Parlimen mereka sendiri. Apa pula kena mengenanya dengan Barisan Nasional dan UMNO? Perkara yang sama berlaku setelah 33 tahun berlalu. Dulu PAS bertelagah sesama mereka, mereka salahkan UMNO dan BN. Hari ini, PKR bertelagah sesama sendiri, mereka tetap salahkan UMNO dan BN.

Hakikatnya, apabila kebenaran itu dipaparkan dihadapan kita, tiada manusia yang mampu menerimanya. Janganlah kita jadi seperti Firaun tatkala Nabi Musa membuktikan bahawa beliau bukan tuhan sebaliknya Allah S.W.T Yang Maha Kuasa. Takut nanti terlewat untuk kita bertaubat. Hadapilah kebenaran dengan berani. Jangan la cabut lari.

Fikir-fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping