Salam 1Malaysia.
Hari ini masih sibuk PAS Kelantan menuntut royalty minyak. Asakan demi asakan dari mereka nampak sangat terdesak. Keadaan ini ditambah lagi dengan kenyataan dari Tengku Razaliegh Hamzah yang terang-terang disangsi kenyataannya. Beliau lebih arif mengenai Akta Minyak 1974 mungkin sudah lupa akan isi kandungan dokumen tersebut. Mungkin beliau perlu mencari semula dokumen yang betul dalam gua di Gua Musang.
Persoalan saya ialah, untuk apa mereka menuntut royalty minyak ini? Katanya untuk kebajikan rakyat. Habis sebelum ini bagaimana mereka menjaga kebajikan rakyat? Lihat posting saya sebelum ini. Video ucapan dari Timbalan Pengerusi PAS Pahang mendedahkan Kelantan mendapat KEUNTUNGAN BESAR dari pembalakan. Lebih kurang RM355 juta perolehan yang mereka perolehi dari tahun 1994 hingga 1998. itu baru sepenggal. Bayangkan berapa banyak keuntungan yang mereka miliki pada hari ini. Pastinya, keuntugan besar itu berlipat kali ganda.
Malangnya, setiap kali cubaan untuk menggondolkan balak di Kelantan akan dipaparkan oleh Karam Singh Walia, seorang aktivis alam sekitar. Pembalakan di kawasan Loging misalnya didedahkan secara terang-terangan oleh beliau dalam berita TV3 beberapa tahun yang lalu. Oleh itu, boleh kita katakana, usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk menggaut keuntungan besar dari pembalakan ini mendapat sedikit tentangan.
Atas sebab itulah, Kelantan hari ini beria-ia mahu menuntut Royalti Minyak pula. Persoalannya, kenapa sekarang? Kata mereka tuntutan itu sepatutnya dilakukan 25 tahun yang lalu. Berapa lama sudah PAS menerajui Kerajaan Negeri Kelantan? Ini satu persoalan yang hingga hari ini masi tidak ada jawapan dari mereka.
Seterusnya, persoalan ke mana duit-duit itu akan disalurkan? Kepada rakyat kata mereka. Seperti yang saya terangkan tadi, dalam tempoh 5 tahun, Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan PAS mendapat keuntungan sebanyak RM 355 juta. Satu angka yang besar!!! Tetapi mengikut statistik dari Yayasan Basmi Kemiskinan, Kelantan merupakan negeri yang berada ditangga teratas. Bilangan penduduk miskin ini bukan makin berkurangan, tetapi ianya kian bertambah. Jauh bezanya dengan negeri yang berada ditangga kedua dan ketiga. Penambahan yang sangat besar sekali. 9214 RAKYAT KELANTAN yang miskin!!! Kata UNTUNG BESAR dengan pembalakan, tapi rakyat miskin. Pelik bukan?
Tanya kepada diri kita sendiri. Kalau keuntungan besar dari pembalakan itu secara diam-diam boleh hilang, inikan pula tuntutan royalti minyak mereka. Agak-agaknya ke mana perginya duit keuntungan balak sebelum ini? Nak kata pembangunan untuk rakyat, tiada. Nak kata pembangunan negeri, masih mundur. Jadi ke mana perginya KEUNTUNGAN BESAR mereka itu?
Fikir-fikirkan lah.
Penyelewangan macam ni taknak pulak mereka beri penerangan. tak de pulak mereka sibuk-sibuk nak memperjuangkan rakyat.
BalasPadam