Ahad, April 18, 2010

PRK Hulu Selangor - P94

17 April 2010 - Malam semalam DSAI telah mengadakan ceramah bohongnya di Kampung Kerling. Ceramah diadakan dikawasan tanah lapang bersebelahan Bilik Gerakan BN yang turut berada berhampiran. Secara tidak lansung, kedaan ini telah mengundang masalah apabila beberapa orang dilihat cuba menimbulkan provokasi. Namun tindakkan pantas pihak Polis, sebarang pertempuran dapat dielakkan.

Dalam sesi pembohongan beliau kali ini, sekali lagi DSAI mengunkit kisah APCO. Beliau turut mengatakan bahawa bukti penglibatan Kerajaan BN yang diterajui dengan APCO dapat diperolehi dalam blog beliau. Di situ, semua orang boleh baca dan lihat sendiri surat perjanjian usaha sama antara APCO dan Kerajaan. Bermula tahun 1992 dan juga 2010.

Dalam ertikata lainnya, APCO ini bukanlah perkara baru. Ia bermula dari sejak 1992 iaitu seawal waktu beliau sendiri mula-mula menjadi Menteri Kewangan. Dengan secara tidak sengajanya, beliau mengaku sendiri bahawa beliaulah orang yang memperkenalkan APCO kepada Kerajaan BN. Apa tidaknya, hari ini yang hangat menceritakan kisah APCO ini tidak lain dan tidak bukan ialah beliau juga. Beliau yang mula-mula membawa kisah APCO ini di Parlimen. Ianya juga bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan kerana beliau sudah lama menjadi teman sebantal dengan Yahudi. Apabila APCO tidak menyebelahi kenyataan yang beliau buat, maka beliau mula tidak tentu arah. Mahu atau tidak beliau terpaksa meneruskan pembohongan beliau agar rakyat percaya dengan cerita tipu ini.

Jadi apa nak hairan jika Pemuda UMNO Malaysia tidak bersetuju dengan kenyataan beliau itu? Malah pihak Pemuda UMNO Malaysia telah mendapatkan surat pengesahan dari APCO sendiri yang menyatakan mereka tidak terlibat.

Selain itu, DSAI juga turut menyatakan bahawa BN dan UMNO terutamanya hanya tahu mengayakan diri sendiri sahaja. Malah mereka tidak menghiraukan rakyat. Terutamanya Pemuda BN dan UMNO. Lebih tepat beliau menyebut nama-nama seperti Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Anak-Anak Tun Mahathir. Mereka ini tidak bertanggungjawab mengjaga kebajikan anak-anak muda terutamanya. Malah kerja pun tidak ada.

Beliau sekarang telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Sebagai seorang penasihat, apa rancangan atau tindakan yang telah beliau ambil untuk membantu anak-anak tempatan memperolehi kerja? Pembangunan Kilang di kawasan Hulu Selangor ini hanya terdiri dari kilang-kilang yang sudah lama beroperasi. Kenapa tidak dibuka atau dibina kilang-kilang baru didalam kawasan ini?

Itulah persoalan yang sepatutnya ditanya oleh pengundi-pengundi (jika ada pun) yang hadir dalam ceramah bohong beliau semalam. Ke mana arah tuju yang hendak dilakukan untuk masyarakat tempatan apabila kerajaan negeri pimpinan PKR lansung tidak pernah mempedulikan mereka sebelum ini. Sekurang-kurangnya, Kerajaan BN Selangor terdahulu ada juga merancang untuk membangunkan kawasan Hulu Selangor sebagai kawasan Perindustrian. Namun hasrat ini tidak dapat ditunaikan kerana Pemimpin PKR yang ada sekarang terlalu sombong, bongkak dan angkuh serta lebih mementingkan diri sendiri dari kesejahteraan rakyat. Adakah orang yang seumpama ini yang mahu dinobatkan sebagai wakil rakyat?

Fikir-fikirkanlah. Sayangi Selangor, Yakini BN.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping