Ahad, April 18, 2010






PRK Hulu Selangor – P94






Sekitar Sesi Penamaan Calon

17 April 2010 – Seperti yang digambarkan sebelum ini, keadaan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pembangkang hangat di luar dewan. Malah beberapa insiden yang tidak dijangka turut dapat disaksikan sepanjang Sesi Penamaan Calon berlansung pagi tadi. Berikut beberapa insiden yang sempat dirakamkan lensa rakan-rakan.

1. Kebocoran.

Cuaca hangat siang tadi betul-betul menduga setiap penyokong calon yang bertanding, baik BN mahupun pembangkang. Namun kedudukan kedua – dua pihak tetap tidak berganjak. Malah kawasan yang telah ditetapkan SPR untuk penyokong-penyokong BN turut ditembusi tanpa sebarang sebab. Keadaan ini mengundang beberapa pertempuran kecil termasuk adegan tolak-menolak diantara satu sama lain.



Walaubagaimana pun, kelibat dua orang lelaki ini telah mencuri tumpuan lensa. Mungkin apa yang mereka cuba lakukan adalah untuk meredakan “Kepanasan” di sekitar lokasi. Tetapi tindakan mereka cuba membuka pain tersebut lebih banyak menimbulkan masalah sebenarnya. Paip yang mereka cuba buka telah mengeluarkan air yang banyak sehingga turut membasahi beberapa orang penyokong pembangkang lain.

Setelah menyedari keadaan bertambah teruk mereka berusaha untuk membetulkan keadaan dengan menyumbat semula paip tersebut dengan kayu bendera yang telah dipatahkan.

Gambar disebelah menceritakan keadaan air yang memancut keluar.

(Kalau nak berkempen pun, janganlah sampai merosakkan harta awam).


2. Kehadiran Tetamu Khas.

Selain kelibat Tian Chua yang dilihat mengetuai penyokong – penyokong pembangkang ke kawasan BN, kehadiran beberapa watak lain juga turut melucukan. Jika sebelum ini Chua Jui Meng menggambarkan PKR sebagai Parti Katak Ramai (Lihat Kisah Katak Putih), Sesi Penamaan Calon pagi itu juga turut mengundang haiwan lain.

Lihat aksi pemuda ini. Beliau sanggup memanjat pokok semata-mata mahu mengutuk dan memaki hamun penyokong-penyokong BN. Tambahan lagi pokok tersebut turut berada didalam kawasan Masjid. Persoalannya, adakah beliau berasa megah berada diatas pokok itu sambil mengibarkan bendera PAS?

(Kalau ye pun bersemangat nak menyokong, takkan tak cukup tanah pembangkang nak berpijak?).


3. Maki Hamun Boleh Dalam Masjid?

Kebanyakan penyokong-penyokong pembangkang turut berada didalam kawasan Masjid Daerah. Bukan setakat diluar sahaja, mereka juga turut bertenggek dibirai tingkap Masjid tersebut beramai-ramai. Sudahlah mereka menyalah-gunakan Masjid dengan menjadikannya sebagai kubu mereka, malah mereka turut membenarkan orang bukan Islam memasuki kawasan Masjid tanpa menutup aurat.

Keadaan ini cukup jelas menggambarkan bahawa mereka boleh bertolak ansur dengan orang bukan Islam yang menyebelahi mereka. Terutamanya dari penyokong PAS. Apakah mereka lupa sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Tidak dibenarkan seseorang yang berhadas besar dan bukan Islam memasuki kawasan Masjid pada bila-bila masa sekalipun”. Sahih Bukhari.

Bukan setakat itu sahaja, mereka turut memaki hamun orang Islam dari dalam kawasan Masjid. Adakah ini juga satu perkara yang dibenarkan didalam Islam atau Islam PAS sahaja? Tidakkah mereka sedar mereka sebenarnya telah merendahkan martabat Masjid sebagai tempat ibadah kepada umat Islam? Lihat sahaja video dibawah. Ini mengambarkan bahawa pendirian PAS yang sangat cetek dari sudut agama dan mudah untuk mereka memperkotak-katikkannya.

Renungkanlah. Tindak tanduk mereka ini adalah hasil didikan khas pemimpin-pemimpin mereka terutamanya DSAI. Umum mengetahui mereka sangat suka berdemonstrasi dijalanan. Maka tidak menghairankan jika mereka boleh bertindak ‘Barbaric’ seperti orang yang tidak bertamadun. Adakah ini generasi yang kita mahukan sebagai peneraju Negara kita dimasa akan dating?

Fikir-fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping