Jumaat, April 30, 2010

Salam 1Malaysia

Perkara macam inilah yang sangat sukar untuk kita fahami. Kenapa begitu mudah orang - orang politik mempergunakan dan memperalatkan kes - kes kematian seperti ini?

Dulu dengan Kes Altantuya, siap buat Lagu lagi sambil bergembira. Kemudian Kes Teoh Beng Hock dibuat poster besar dan dipaksa gali semula kuburnya. Selepas itu Kes Liwat Anwar dengan Saiful sampai wujud campur tangan orang asing.

Kes terbaru, Isu Aminulrashid dan Polis.

Pelbagai spekulasi yang kita dengar. Macam - macam tohmahan yang dah dikeluarkan. Orang ini mengutuk orang itu. Orang ini pula sibuk mengata orang ini.

Tidak ketinggalan juga Jerung - Jerung Opurtunist yang memang secara lahiriahnya suka memperbesar - besarkan perkara. Kononnya mereka mahu jadi Juara.

Apakah mereka tidak pernah memikirkan perasaan keluarga yang terbabit? Adakah mereka fikir keluarga terbabit tidak akan tersinggung bila perkara ini diperbesar - besarkan? (Klik Sini)

Sampai bila agaknya, permainan politik jenis ini akan berterusan?

Fikir - fikirkan lah.

(Al-Fatihah buat Allahyarham Adik Aminulrashid. Semoga roh beliau dalam keadaan aman dan dilimpahi rahmat Allah S.W.T. Amin, Ya Rabbil Alamin).

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping