Jumaat, April 30, 2010

Salam 1Malaysia.

Mari kita merenung kembali zaman kegemilangan Islam seawal waktu Saidina Umar Al-Khattab R.A. Memandangkan kebanyakan blogger - blogger sedia ada hanya tahu bercakap mahu mengikut Ajaran Islam, Menegakkan Hukum Islam dan Membina Negara Islam kononnya, tapi mereka kurang menceritakan Sirah kepada pembaca.

Empayar Islam berkembang luas sewaktu zaman Umar Al - Khattab R.A. Bukan kerana Saidina Abu Bakr As - Siddiq tidak melaksanakan tugasnya, tetapi beliau lebih banyak menumpukan perhatian ke arah membasmi kumpulan - kumpulan bida'ah. ini juga termasuk segelintir pihak yang mengaku merekalah Nabi selepas Kewafatan Rasulullah S.A.W.

Dalam buku Sejarah Hidup Umar bin Al - Khattab, tulisan Muhammad Husain Haekal menceritakan sejauh mana Empayar Islam itu telah berkembang. Dari sempadan Negara China hingga sempadan Negara Eropah.

Namun seperti yang tercatat didalam buku tersebut, Umar Al-Khattab hanya pernah keluar dari kota Madinah ke medan perang tidak lebih dari 3 kali sahaja.

Pengembangan empayar Islam itu telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Jeneral - Jeneral Perang pada ketika itu. Di antara mereka terdiri daripada sahabat - sahabat rapat Rasulullah S.A.W. seperti Khalid Al-Waleed, Abu Ubaidah, Talhah, Amr Al-Ash dan sebagainya.

Mereka inilah yang membantu memperluaskan Empayar Islam. Mereka lakukan demi ISLAM bukan demi Umar Al-Khattab.

Dengan berpegang kepada prinsip itulah maka mereka sanggup mengadaikan nyawa mereka. Dan jika Khalifah Umar Al-Khattab atau juga dikenali sebagai Amirul Mukminin itu ada melakukan kesilapan dalam pentadbiran, mereka inilah juga yang pertama akan menegurnya sama ada secara terang - terangan atau secara berkias.

Hakikat ini sudah tidak wujud lagi pada masa kini. Kebanyakkan pejuang hanya berjuang demi seorang manusia, bukan untuk satu institusi itu sendiri. Tidak kira sama ada mereka dari puakPembangkang mahu pun Kerajaan.

Disebabkan itulah, maka jati diri mereka lemah dan institusi yang mereka wakili ampuh serta mudah retak. Mereka berjuang bukan demi institusi tetapi demi Insan yang bernama manusia biasa.

Sedarlah, untuk menjadi kuat dan hebat, jangan buat atas nama manusia kerana manusia itu tidak pernah kekal. Manusia itu akan saling silih berganti.

Lakukan demi Institusi itu. Jika tidak mampu untuk dilakukan demi institusi, maka laksanakan demi Agama, Bangsa dan Negara. Jangan mudah memperkotak - katikkan institusi itu mengikut selera individu tertentu sahaja.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping