Jumaat, April 23, 2010

PRK Hulu Selangor - P94

23 April 2010 - Itulah soalannya. Dimana keadilan yang digembar-gemburkan oleh PKR atau nama penuhnya Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor?

Seharian di Taman Anggerik hari ini banyak rungutan yang didengar. Penduduk setempat menyatakan Kerajaan Negeri Pimpinan PKR tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Malah pihak-pihak yang berkenaan 'pilih bulu' dari berkhidmat untuk masyarakat.

Ada sesetengah dari mereka yang telah memohon bantuan Zakat tetapi permohonan tersebut telah diendahkan oleh Pusat Zakat Negeri.

Yang lebih menghairankan pemohon, beberapa rakan mereka yang lain yang memiliki kereta dan kerja tetap diberi bantuan tersebut.

Inilah luahan sebenar dari penduduk setempat. Mereka kecewa dengan kepimpinan Negeri PKR atas tindakan ini. Adakah rakyat Hulu Selangor masih percaya dengan janji-janji manis PKR? Tidak cukupkah selama ini mereka dianak-tirikan oleh Pembangkang yang berlagak seperti Pembela Rakyat?

Fikir - fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping