Jumaat, April 23, 2010

PRK Hulu Selangor - P94



23 April 2010 - Semalam di Pekan Serendah Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjelaskan bahawa Zaid Ibrahim ada menyimpan kuda. Beliau sendiri (Tun) juga ada menyimpan kuda kerana hobinya ialah menunggang kuda. Terutama di Bukit Tinggi Resort, Pahang. Sesiapa yang pernah pergi ke sana boleh menatap gambar Tun diatas kudanya di ruang legar lobi Resort berkenaan.



Tun menyatakan bahawa beliau sangat hairan apabila Zaid mengaku ada menyimpan kuda lumba, tetapi kuda itu bukan untuk tujuan berlumba. Ianya bukan sahaja pelik tetapi sangat melucukan.



Berikut adalah statemen yang dikeluar oleh Malaysiakini.



Dalam artikel tersebut, TDM menjelaskan beliau keliru dengan niat sebenar Zaid Ibrahim menyimpan kudanya.



"Dia mengakui ada kuda lumba tapi dia kata dia tak berjudi, saya tak faham ni," kata Dr Mahathir.



Dalam kenyataan Zaid Ibrahim juga sangat mengelirukan. Berikut petikan dari penjelasan beliau yang diambil dari ANN.


Apa yang jelas didalam artikel tersebut ialah Zaid Ibrahim menyimpan cita-cita seperti Tunku Abdul Rahman yang memiliki kuda lumba yang turut memenangi perlumbaan diluar negara.

Jika kuda yang disimpan oleh beliau bukan untuk berlumba, habis untuk apa? Apa maksud sebenar beliau dengan memberi penjelasan sedemikian?

Renungkanlah sahabat-sahabat sekalian terutama 3000 Jentera PAS yang bertungkus lumus berkempen untuk calon mereka. Adakah orang yang munafik seperti ini yang mahu dijadikan sebagai pemimpin? Sekejap beliau kata bukan, sekejap beliau kata ya. Yang mana betul? Adakah orang yang tidak berpendirian seperti ini wajar dijadikan sebagai wakil di Dewan Parlimen?

Fikir-fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping